Famili

[VIDEO] Duduk Sebumbung Dengan Mertua, Wanita Luah & Nangis Lauk Dimasak Kena Buang

268
SHARES

Sememangnya, banyak dugaan yang perlu dilalui oleh wanita yang terpaksa tinggal bersama mertua. Ada yang suka dengan apa sahaja yang kita lakukan dan ada juga ibu mertua yang tidak bersependapat dengan diri kita. Oleh kerana itulah, setiap pasangan yang sudah berkahwin dinasihatkan untuk tinggal berasingan dari keluarga mertua bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini dalam keluarga.

HABIS WUDHUK TENGOK LAUK KENA BUANG

Bukan lagi seperti kisah dulu kala, banyak pengalaman yang tidak menyenangkan telah dikongsikan oleh wanita yang ditakdirkan tinggal bersama ibu mertua.Seperti juga kisah yang dikongsikan oleh wanita ini apabila dia terpaksa ‘makan hati’ kerana lauk yang dimasak dibuang oleh ibu mertuanya. Selesai solat, dia terkejut apabila lauk sayur yang dimasaknya tiada di dalam periuk nasi.

Sekadar gambar hiasan.

Apa yang mengguriskan hati lagi adalah, bukan sahaja makanan tersebut dibuang ke belakang rumah malah ibu mertuanya turut menyuruh anak perempuannya yang lain memasak hidangan yang baru. Memang menyedihkan hati, anda makanan tersebut tidak mahu dijamah Nana beranggapan bahawa tidaklah perlu dibuang, malah perlu disimpan di tempat lain sahaja. Makanan tersebut akan dijamah oleh tuan yang memasaknya sendiri.

‘AKU MASAK SENDIRI, MERTUA MASAK SENDIRI’

Sependapat dengan situasi ini, ramai juga dalam kalangan warganet yang berkongsikan kisah yang sama apabila tinggal bersama mertua. Ada yang memang masak secara berasingan kerana selera dengan mertua adalah berbeza.

Sumber: Tiktok @deknana222

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×