Rumah

Tabiat Suka Simpan Banyak Barang Petanda Masalah Mental. 5 Bahayanya Yang Ramai Tak Sedar

0
reads

“Sayangnya nak buang… Boleh pakai lagi ni. Letak sini dululah. Mana tau nak guna nanti.”

Kata orang, ‘less is more’. Tapi ada juga yang menganggap bahawa terdapat ‘nilai’ tersendiri dalam keserabutan.

Terdapat banyak perspektif dalam penjagaan rumah dan ruang peribadi. Salah satu amalan yang kian menjadi tabiat rakyat Malaysia adalah suka menyimpan barang berlebihan sebab nak berjimat atau ‘sayang’ nak dibuang disebabkan banyak ‘sentimental value’. 

Benar, sesetengah barang memang ada nilainya. Tapi sikap begini yang berlebihan hingga menimbulkan keserabutan dan mengorbankan keselesaan merupakan petanda penyakit mental atau ‘hoarding disorder’, seperti yang dilaporkan oleh Psychology Today.

Selain memberi kesan kepada emosi, barang-barang berlebihan tersebut bagaikan ‘beban’ yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan produktiviti. Ini 5 kesan buruk yang akan dialami oleh pengamal tabiat tersebut.

Tabiat Suka Simpan Banyak Barang Petanda Masalah Mental. Ini 5 Bahayanya

Inilah 5 bahayanya kalau seseorang memiliki tabiat ‘hoarding’ atau terlalu suka menyimpan banyak barang.

1. Suasana Yang Mendorong Rasa Tertekan

Bila dapat simpan banyak barang, mungkin ada yang berasa lebih ‘selamat’ sebab tak perlu keluar duit untuk membeli lagi. Bila nak guna, semuanya dah tersedia. Tapi hakikatnya ia tetap juga disimpan walaupun 4-5 tahun tak pernah digunakan langsung!

Rumah sepatutnya menjadi tempat untuk merehatkan mental dan fizikal selepas seharian bekerja kini menjadi sesak tanpa disedari.

Sedikit demi sedikit, tekanan akibat barang berlebihan menjadi perudum semangat kita untuk memulakan rutin harian. Bahkan, rutin harian kita akan terganggu akibat terlalu banyak barang di sesuatu tempat.

Foto Kredit: houselogic.com

2. Mendorong Tabiat Makan Berlebihan

Rupanya, tabiat suka mengumpul banyak barang ini ada kena-mengena juga dengan diet kita. Kajian telah membuktikan bahawa ia merupakan salah satu punca yang mendorong kita untuk makan berlebihan. Kalau siapa tengok rancangan realiti ‘Hoarders’ di TV, mesti anda perasan orang yang suka kumpul banyak barang ini sememangnya terdiri daripada mereka yang gemuk-gemuk belaka.

Suasana berselerak membuatkan seseorang rasa stres lalu makan berlebihan untuk berasa lebih selesa. Selain itu, ia memacu kecenderungan untuk memakan ‘comfort food’ yang tidak berkhasiat bagi menenangkan diri.

Foto Kredit: hdfootagestock.com

3. Kurang Produktif

Timbunan barang bukan saja membuatkan mata kita sakit, tetapi menyesakkan minda yang cuba untuk bekerja. Bayangkan, kalau tengok inbox email yang beratus-ratus pun buat kita rasa stres, apatah lagi barang-barang di depan mata. Bila makin bertimbun, makin susahlah nak fokus dengan kerja yang ada.

Persekitaran yang tersusun membawa kepada kesihatan mental yang baik. Begitulah kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti kaitan stres dengan persekitaran di tempat kerja.

Foto Kredit: smh.com.au

4. Mudah Nyanyuk

Minda yang serabut kerana tidak dapat berhenti menapis maklumat yang tidak berguna di dalam otak. Maklumat ini dinamakan ‘mental clutter’ dari sudut psikologi dan ia adalah salah satu punca utama kepada nyanyuk pada usia tua.

Ia bermula dengan pemikiran yang tidak tenang dan mengakibatkan otak tidak dapat memproses maklumat dengan efisyen. Otak  terpaksa bekerja berlebihan kerana rangsangan lebih daripada persekitaran yang tidak teratur.

Akibatnya, pada permulaan kita akan mengalami ‘short term meory loss’ atau lupa ingatan pada jangka pendek. Jika tidak dicegah, ia boleh melarat hingga membuatkan seseorang mudah hilang fokus dan nyanyuk.

Foto Kredit: indiatoday.com

5. Pengasingan Sosial

Orang yang suka sangat kumpul banyak barang ini bukan saja akan mengalami masalah terhadap diri sendiri, tetapi kesannya juga akan dirasai oleh ahli keluarga.

Apabila terpaksa ‘bersembunyi’ di bawah timbunan barang, ahli keluarga bukan saja akan berasa ‘lemas’ tetapi juga terkesan dari segi emosi. Apa yang lebih serius, keserabutan ini menjadikan seseorang sukar untuk membaca raut wajah insan lain dalam hidup mereka.

Akibatnya, pengamal tabiat ini semakin kurang mengambil berat tentang perasaan ahli keluarga kerana emosi yang kelihatan sama setiap hari. Malah, mereka juga cenderung mengasingkan diri dan semakin obses terhadap barang tersebut hingga tak mahu orang lain menyentuhnya.

Foto Kredit: people.com

Ada Bezanya Antara ‘Hoarding’ Dengan ‘Collecting’

Tak dinafikan sesetengah orang suka mengumpul barang sebagai hobi. Tapi kita haruslah dapat membezakan antara koleksi barang berharga dan sebaliknya.

Menurut Anxiety And Depression Association Of America, perbezaan antara kedua tabiat ini adalah pada susunan dan organisasi ruang, emosi, serta masa yang dapat diperuntukkan untuknya.

Seorang yang benar-benar mengumpul barang antik atau koleksi berharga selalunya akan berasa bangga, mampu mengurus dan mengkategorikan semua barang dengan baik, tersusun, dan mempunyai ruang khas untuk semua barang tersebut. Sebaliknya, mereka yang dianggap ‘hoarder’ ini tidak mampu mencari dan menyusun barang mereka, mengorbankan ruang asas dalam rumah, dan berasa tidak selesa untuk bercakap tentang barang-barangnya.

Jangan terkejut, terdapat penelitian juga yang mendakwa bahawa kebanyakan daripada mereka ini bukannya ‘berjimat’, sebaliknya memiliki masalah kewangan dan banyak berhutang!

 

Sumber rujukan:

https://www.psychologytoday.com/blog/fulfillment-any-age/201705/5-reasons-clear-the-clutter-out-your-life

https://adaa.org/understanding-anxiety/obsessive-compulsive-disorder-ocd/hoarding-basics#

https://www.psychiatry.org/patients-families/hoarding-disorder/what-is-hoarding-disorder

https://www.nhs.uk/conditions/hoarding-disorder/

https://www.psychiatry.org/patients-families/hoarding-disorder/what-is-hoarding-disorder

https://www.psychologytoday.com/blog/high-octane-women/201203/why-mess-causes-stress-8-reasons-8-remedies

Yang Popular

To Top