Nur

Selit Niat Mandi Wajib Bila Terjun & Selam Dalam Sungai, Dikira Sah Tak?

19
SHARES
syarat sah mandi wajib

Pernah tular di laman media sosial satu video yang menyaksikan sekumpulan lelaki sedang bermandi-manda di sungai. Namun apa yang menarik perhatian dalam video tersebut, tiga orang lelaki dilihat telah menyelam ke dalam sungai jernih selepas melaungkan niat mandi wajib yang berbunyi, “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah SWT.” Adakah itu termasuk dalam syarat sah mandi wajib?

Lantas, ramai yang tertanya-tanya adakah tindakan mandi wajib di dalam sungai cukup untuk menyucikan diri? Bagaimana nak tahu bahawa sungai tersebut adalah sesuai untuk dijadikan tempat mandian wajib?

Baca juga: Ramai Pernah Rasa Tanda-Tanda Penyakit Ain Tapi Tak Sedar, Rupanya Anda ‘Mangsa’!

SYARAT SAH MANDI WAJIB, MANDI DALAM AIR LEBIH 2 KOLAH ADALAH SAH

syarat sah mandi wajib

Menjawab kepada kemusykilan itu, pendakwah bebas popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi klip video kuliah di akaun YouTube rasmi miliknya, telah menjelaskan hukum kepada tindakan tersebut.

Menurut UAI, mandi wajib itu dikira sah sekiranya individu yang selam di sungai menenggelamkan atau meratakan keseluruhan badan ke dalam air dengan rata berserta dengan niat. Paling penting adalah air perlu RATA SELURUH BADAN. Selain daripada penjelasan oleh UAI, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga pernah memberikan keterangan tentang hukum mandi wajib di dalam sungai.

Menurut Pejabat Mufti, seseorang itu perlulah mandi wajib menggunakan lebih dua kolah (qullah) air yang bersamaan kira-kira 270 liter. Namun begitu, hukum menyelam dalam air yang kurang daripada dua kolah adalah makruh tetapi mandian tersebut sah di sisi agama Islam.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk menyelam sepenuhnya badan ke dalam air yang diyakini lebih daripada dua kolah bagi memastikan mandi wajib tersebut adalah sahih. Apa yang lebih disarankan adalah untuk memastikan air sungai tersebut bersih.

syarat sah mandi wajib

*Jadi, pastikan bila terjun, terjun dalam air ya. Kalau terjun tapi tak ada air kiranya tak sah mandi wajib tersebut!

Baca juga: Doa Penawar Racun Akibat Selalu Digigit Serangga Berbisa, InsyaAllah Tak Melarat..

Sumber: X @helmihaqiem, Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×