Suami Isteri

Suami Hairan Isteri Tak Reti Nikmati Rambutan, Kupas Kulit Potong Isi Baru Dia Makan!

12
SHARES
suri hati

Percaya atau tidak, sebenarnya ada orang yang tidak tahu menikmati buah rambutan. Dari mengupas kulit sehingga menelan isinya. Itulah ragam ‘pelik tapi benar’ suri hati kepada Hizandie Shuaib, tatkala mereka baru berkahwin pada 16 tahun yang lalu.

Jom baca perkongsian cerita yang menarik ini di bawah!

Baca juga: Mulanya Wanita Ini Mungkin Mandul, Berkat Usahanya Kini Bahagia Anak 10!

SURI HATI RAGAM JANGGAL

suri hati

Gambar: Hizandie Shuaib

Awal-awal kahwin dulu, “nak makan rambutan?” tanya aku kepada suri hati.

“Tak nak lah. Tak pandai buka kulit,” balas suri hati. Aku ingat dia bergurau. Rupanya memang betul.

Aku bukakan kulit rambutan itu. Seulas dua je dia makan. Bila ditanya, katanya susah nak makan.

Waktu itu aku mula hairan. Rupanya bila dah buka kulit, kena potong nipis pula isi buah tu. Baru senang dan nikmat untuk dia makan.

Berbeza sangat cara aku makan dengan suri hati masa tu. Aku biarkan. Suri hati potong sendiri.

Baca juga: Tips Jadi Ayah Yang Hebat Ada 10, Anak-Anak Memanjang Je Nak ‘Melekat’!

Daripada 10 perkara, takkan 1 perkara ‘rare’ isteri tak boleh nak layan kan?

Itu dulu. Sekarang bila dah lama kahwin. Anak pun dah ramai, selepas 16 tahun hidup bersama, banyak benda yang dah makin faham tentang isteri ataupun lebih tepat lagi seorang perempuan.

Kalau orang tak cerdik, dia akan kata perempuan macam ni mengada-ngada.

Tapi dalam banyak-banyak perkara yang suri hati boleh berdikari, makan rambutan ini antara perkara ‘rare’ yang dia agak janggal untuk buat sendiri. Sampai minta untuk dipotong halus.

Daripada 10 perkara, takkan satu perkara ‘rare’ pun seorang suami tak boleh nak layan kan? Sesekali apa salahnya layan walaupun perkara itu remeh di mata kita.

Sebelum kahwin dulu ayah dia yang layan kerenah anak perempuannya. Sekarang ni, giliran kitalah pula.

Baca juga: 5 Filem Ini Bangkitkan Isu Pengabaian Kanak-Kanak, Sediakan Tisu Siap-Siap!

Dulu anggap ia perkara remeh & kecil, sekarang tidak lagi

Baru ni aku bawa balik sedikit rambutan dari kampung. Aku ajak suri hati makan. Tapi dia menolak. Aku tahu sebabnya.

Aku ambil pisau, isi rambutan tu aku potong siap-siap. Kemudian aku hulur ke dia. Alhamdulillah. Suka dia makan. Senyum macam budak kecil. Suka agaknya bila terasa dimanja-manja.

Buka rambutan, potong isi kecil-kecil tu semua perkara remeh dan kecil pada aku seorang lelaki. Dulu aku anggap begitu. Sekarang tidak lagi.

Sekecil-kecil perkara bagi orang lelaki, besar di mata seorang perempuan

Bila dah lama hidup dengan perempuan yang bergelar isteri ini, aku tahu…sekecil-kecil perkara bagi orang lelaki, besar di mata seorang perempuan. Seremeh-remeh benda pada tanggapan orang lelaki, selalu dianggap penting oleh seorang perempuan.

Yang kecil dan yang remeh itu jika dilayan disantuni dengan ikhlas, mereka akan balas semula dengan seluruh hidupnya untuk menjaga seorang lelaki tanpa batas.

Sayangnya tidak akan dibuat-buat. Hatinya telah berjaya kau kunci ketat. Setianya sampai syurga. Insya-Allah.

*Kepada adik-adik (lelaki) yang baru mendirikan rumah tangga, moga mendapat sedikit ilham selepas membaca perkongsian santai ni.

Baca juga: Ibu Sering Rasa Bersalah (Mom Guilt) Pada Anak, Boleh Dapat Gangguan Mental!

Sumber: Hizandie Shuaib

FT Image: Hizandie Shuaib / Karl Tapales – Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×