Inspirasi

Sertai Pasukan Vaksin Di UK, Pencapaian Dr. Amalina Menjadi Kebanggaan Negara!

33
SHARES

Semua sedia maklum bahawa Covid-19 ini merupakan bukan virus yang boleh ambil mudah. Kesannya boleh membawa kematian. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.

Seorang doktor yang berasal dari Malaysia dan berkhidmat di London, Dr Amalina Che Bakri adalah salah seorang doktor di barisan utama dalam memerangi wabak ini. Selain itu juga, apa yang boleh dibanggakan lagi ialah, beliau juga meruapakan salah seorang anggota yang menganggotai pasukan mencari vaksin Covid-19 ini di London.

Percubaan Dilakukan Di London

Dr Amalina memaklumkan berita tersebut melalui laman twitternya. Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan itu sedang melakukan percubaan vaksin itu di National Institute for Health Research (NIHR) Imperial Clinical Research Facility Imperial College yang diketuai oleh Dr Katrina Pollock. Beliau juga terlibat merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi vaksin kepada untuk beberapa minggu akan datang.

Selain itu juga, The Health Secretary UK, Mr Matt Hancock memberitahu kerajaan UK telah memperuntukkan sebanyak 22.5 juta pound untuk menyokong fasa 2 ujian klinikal Imperial Project dan akses kepada beribu sampel dan juga permulaan untuk mereka melakukan percubaan fasa yang lebih besar.

Pusat pengajian terkenal dunia, Universiti Oxford juga menerima dana sebanyak 20 juta pound untuk mereka menjalankan juga ujian vaksin mereka.

Sumber : Dr Amalina Che Bakri

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×