Hebahan

PKPP: Kerajaan Beri ‘Green Light’, Dah Boleh Cuba Baju Dan Kasut Di Premis Perniagaan

61
SHARES

Jika sebelum ini kita tidak dapat mencuba atau fitting pakaian dan kasut ketika membeli-belah, namun pengumuman dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) memutuskan bahawa premis perniagaan menjual pakaian dan kasut boleh membenarkan pelanggan mencuba pakaian atau kasut untuk mendapat saiz yang sesuai.

DAPAT NASIHAT DARI KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan memutuskan memberi kebenaran itu selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, berikutan tiada kes positif COVID-19 yang berlaku di pusat beli belah.

“Jadi, sudah boleh kita nak mencuba baju baharu yang kita beli di bilik persalinan, tidak timbul isu lagi.

“Bagaimanapun, bagi kasut, kita galakkan sebaik-baiknya untuk pelanggan menggunakan stokin sendiri, jangan stokin yang dikongsi di kedai kasut berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, ramai yang keliru berhubung isu mencuba pakaian itu sehingga menyebabkan ramai tukang jahit tidak membuka kembali perniagaan mereka kerana menyangka pelanggan mereka tidak mencuba pakaian sendiri yang dijahit.

“Peraturan tidak boleh mencuba pakaian itu adalah bagi pakaian siap seperti yang dijual di pusat membeli belah, bukan kedai jahit yang tidak dibenarkan pelanggan mereka mencuba pakaian sendiri.

“Sebenarnya operasi kedai jahit ini sudah pun dibenarkan dibuka sejak awal bersama dengan kedai menjual pakaian yang lain. Jadi, tidak timbul isu lagi,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Most Popular

To Top