Asuh

Doktor Puji Kaedah Terbaik Guna Kain ‘Protect’ Anak Dalam Stroller Bila Keluar Rumah

881
SHARES

Walaupun penularan wabak Covid-19 menunjukkan statistik penurunan dalam Malaysia, ibu bapa masih disarankan untuk tidak membawa anak-anak yang masih kecil keluar jika tidak penting. Namun, bagi ibu bapa yang perlu keluar mendapatkan rawatan anak-anak kecil, penting untuk anda mempersiapkan ‘perlindungan’ untuk si manja.

Jadi, ini adalah tips parenting terbaik untuk ibu bapa cuba apabila bawa anak keluar adalah dengan menutup stroller atau baby carrier dengan pelindung stroller atau hanya dengan menggunakan kain.

Contohi Ibu Bapa Ini!

Untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, memang kita tidak galakkan untuk memakai #facemask kerana saluran pernafasan yang kecil dan berisiko untuk lemas.

Sesiapa yang memakai pelitup muka mesti dapat menanggalkannya sendiri jika membahayakan diri! Bayi tidak dapat memberitahu jika mereka mengalami masalah pernafasan apabila memakai Facemask! Contohi Pn Riena yang membawa anaknya Diana untuk rawatan susulan dan vaksinasi!

Best parenting ever with the best protection for the baby!

Ayahnya susah payah dapatkan pelindung stroller online hanya untuk memberikan yang terbaik untuk anak kesayangan mereka tetapi memang tepat sekali untuk melakukannnya. Ini jawapannya untuk baby jika ke hospital ataupun tempat awam untuk melindungi diri mereka!

Untuk baby-baby yang akan datang jumpa saya sekalian… Perlindungan seperti ini adalah selamat untuk bayi dan dapat melindungi bayi anda daripada jangkitan!

Langkah-langkah lain yang disarankan untuk diambil termasuklah:

– Menggunakan baby carrier car seat dan menutup dengan kain breathable (boleh dapatkan online atau di baby shop).

– Gunakan baby carrier dan arahkan bayi untuk memandang ke arah anda dan dekatkan pada diri anda.

– Sekiranya tiada plastic cover pada stroller, tutup dengan penutup stroller atau awning.

– Ibu bapa perlu menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain dan jaga kebersihan diri.

ANAK USIA 2 TAHUN KE ATAS SILA PAKAI MASK

Kami akan memastikan rawatan diberikan cepat dan semua langkah pencegahan dilakukan. WHO telah mengeluarkan nasihat untuk mengalakkan pemakaian facemask di tempat awam dan di tempat di mana penjarakkan sosial tidak dapat dilakukan walaupun tidak bergejala TERMASUK kanak-kanak!

Untuk anak lebih 2 tahun, sila pakaikan facemask dengan SAIZ YANG BERSESUAIAN apabila ke tempat awam! Banyak kali dah nampak budak 2 tahun pakai mask orang dewasa!

Facemask yang terlalu besar tidak dapat memberi perlindungan yang sewajarnya. Ingat, kanak-kanak juga berisiko untuk mendapat jangkitan Covid-19! Lindungi anak anda dengan cara yang tepat! Syabas, baby Diana mempunyai ibu bapa yang sangat prihatin untuk melindungi anak daripada jangkitan. Diana dah dapatkan Vaksin Pneumococcal dan Rotavirus, bila anda nak berikan kepada anak anda?!

Sumber: Dr Lim and Child Specialist

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×