Famili

Sambung Master & PhD Dianggap Buang Masa, Zaman Sekarang Majikan Tak Pandang Tesis

13
SHARES

Sesetengah orang memilih dan memiliki keinginan untuk sambung belajar ke peringkat tertinggi kerana itu merupakan satu kepuasan diri buatnya selain boleh membantu membuka peluang yang lebih luas dalam dunia pekerjaan.

Namun, menerusi luahan seorang pengguna aplikasi Threads, dia menjelaskan bahawa cukup sekadar memiliki ijazah kerana sambung belajar hingga master dan Phd adalah membuang masa.

Baca juga: KEMAS Sahkan Tiada Kenaikan Yuran TABIKA & TASKA Pada Tahun Hadapan

SAMBUNG BELAJAR SAMPAI MASTER & PHD DIANGGAP BUANG MASA

SAMBUNG BELAJAR

“Saya rasa sambung belajar buat master dan PhD sangat membuang masa. Untuk adik-adik yang baru habis ijazah, jangan buang masa sambung master. Sakit tapi ini kenyataan betul,” katanya.

Dia juga turut memberi nasihat agar timba pengalaman sebanyaknya di sesebuah industri dan hanya sambung master jika syarikat ingin menaikkan gaji.

“Kerja dulu dalam beberapa tahun dalam industri pilihan dan timba pengalaman sebanyak mana. Sambung master jika syarikat awak akan naikkan gaji sahaja. 

“Bila dah sambung master tanpa ada pengalaman kerja, percayalah majikan memang tak pandang pun. Hal ini kerana awak tak ada pengalaman dalam industri pekerjaan lagi.

“Malaysia bukan negara R&D. Majikan tak nak tengok pun thesis anda mengenai apa. Mereka hanya kisah jika thesis itu boleh menyumbang sesuatu dalam industri. Akhir sekali, nak sambung master dan PhD hanya sesuai untuk pensyarah atau penyelidik sahaja. Ramai lagi graduan master dan PhD di luar sana yang tak dapat kerja sampai sekarang,” ujarnya.

Perkongsian wanita itu sudah pastinya menerima pelbagai komen daripada warganet yang turut bersetuju dengan luahan di Threads tersebut.

“Saya nak cakap tapi nanti kena kecam. Daripada sambung master baik ambil sijil profesional yang berkaitan dengan kerja. Kalau sambung master bukan untuk tambah ilmu, tetapi untuk luaskan networking sahaja. Kalau tak pernah kerja, networking hanyalah dengan pelajar.

“Ada yang betul ada yang salah juga. Terpulang kepada diri masing-masing dan tak boleh pukul rata semuanya. Dalam master dan PhD banyak benda kita boleh tahu dengan isu semasa sekarang,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Keluarga Mentua Punca Rumah Tangga Retak, Ini Cara ‘Heret’ Mereka Ke Mahkamah Syariah

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×