Nur

Hukum Kanak-Kanak Solat Saf Hadapan Bersama Orang Dewasa, Minta Pergi Belakang Ke?

32
SHARES
saf solat

Kanak-kanak yang datang awal ke masjid, pastinya mereka akan mengambil tempat di saf solat hadapan bersama orang dewasa yang lain.

Namun, apakah hukum kanak-kanak solat di saf hadapan bersama orang dewasa? Perlukah minta kanak-kanak ini bergerak ke saf solat yang lain? Ustaz Azhar Idrus, ada penjelasannya!

Baca juga: Hukum Mencabut & Mewarna Putih UBAN Kepada Warna Lain!

SAF SOLAT

saf solat

HUKUM KANAK-KANAK SOLAT DI SAF DEWASA

“Ketika solat didirikan ada beberapa kanak-kanak yang datang awal, mereka berdiri dalam saf hadapan bersama orang dewasa.

“Dan jika datang orang dewasa kemudian itu, bolehkah dikeluarkan kanak-kanak yang sudah sembahyang pada saf hadapan dan masuk orang dewasa yang datang kemudian itu pada saf hadapan?”

Baca juga: Hukum Ucap Sadaqallah Al-‘Azheem Selepas Baca Quran!

Jawapan:

Apabila kanak-kanak berdiri di saf hadapan pada sebelah kanan atau sebelah kiri dan bukan berdiri dibelakang imam, maka tidak harus dialih mereka itu ke belakang, sekalipun solat belum bermula.

Dan sebab tidak boleh disuruh kanak-kanak yang datang awal undur ke belakang ialah kerana kanak-kanak tersebut berhak dengan saf yang dia berada itu.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini:

لو سبق الصبيان بالحضور لم يؤخروا للرجال اللاحقين كما لو سبقوا إلى الصف الأول فإنهم أحق به على الصحيح، وإنما تؤخر الصبيان على الرجال – كما قال الأذرعي – إذا لم يسعهم صف الرجال وإلا كمل بهم” انتهى

Ertinya: “Jikalau kanak-kanak hadir dahulu maka tidak dikebelakangkan kanak-kanak itu untuk orang lelaki dewasa sebagaimana jikalau berlumba mereka kepada saf yang awal maka sungguhnya kanak-kanak itu berhak dengannya atas qaul yang sahih.

Hanyalah dikebelakangkan kanak-kanak atas lelaki dewasa sebagaimana kata Imam Al-Azra’i apabila tidak muat mereka itu oleh saf lelaki dewasa dan jika tidak maka disempurnakan saf dengan kanak-kanak tersebut.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Menyebut olih Al-Hafiz Syeikh Zakaria Al-Ansari:

ولا يحول صبيان حضروا أولاً لرجال حضروا ثانياً؛ لأنهم من جنسهم” انتهى.

Ertinya : “Dan tidak dialihkan kanak-kanak yang hadir awal bagi (diduduki oleh) lelaki dewasa yang hadir kemudian kerana kanak-kanak itu termasuk jenis lelaki.” (Kitab Asnal Matholib)

Baca juga: Himpunan 6 Doa Demam Panas, Ikhtiar Selain Ubat!

Sebaiknya kanak-kanak tidak diletakkan betul-betul di belakang imam

Dan kanak-kanak hendaklah tidak mengambil tempat di belakang imam. Hal ini kerana, jika berlaku sesuatu kepada imam maka hendaklah menggantikannya oleh seorang yang pandai menjadi imam.

Tersebut pada Lajnah Fatwa Negeri Jordan:

إذا كان الصبي في الصف الأول عن يمين الصف أو يساره، ولم يقف خلف الإمام مباشرة، فلا يجوز لأحد تنحيته؛ إذ كل من سبق إلى مكان من أماكن العبادة فهو أحق به
يجوز تنحية الصبي إن كان خلف الإمام مباشرة؛ لأن في ذلك مصلحة للصلاة.

Ertinya: “Apabila adalah kanak-kanak berada pada saf yang awal sebelah kanan atau kiri imam dan bukan berdiri betul-betul di belakang imam maka tidak harus bagi siapa pun menyingkirkannya kerana siapa dahulu sampai ke tempat ibadat maka dia yang berhak dengannya.

Dan harus menyingkirkan kanak-kanak itu jika adalah ia berdiri betul-betul di belakang imam dari kerana pada yang demikian itu ada maslahat bagi sembahyang.”

Kanak-kanak tidak diletakkan betul-betul dibelakang imam kerana apabila berlaku kesilapan imam atau imam terbatal, maka memerlukan seorang yang mahir untuk menegur atau menggantikan imam tersebut.

Wallahua’lam.

Baca juga: ‘Speed Dating’ Budaya Baru Merisaukan, Taaruf Orang Islam Bukan Begitu Caranya!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: Indahnya Islam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×