Famili

5 Rumah Jagaan Orang Tua Profesional & Persis ‘Hotel’ Di Lembah Klang, Tak Macam Zaman Dulu!

6
SHARES
rumah jagaan orang tua

Baru-baru ini penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menjadi sebutan ramai apabila beliau memberi kenyataan gurauan sudah terfikir tentang sisa usia yang barangkali akan dihabiskan di rumah jagaan orang tua. Baginya, rumah penjagaan warga emas sekarang bukan seperti dahulu.

Ternyata benar kerana di Lembah Klang sahaja, terdapat pelbagai pilihan rumah orang tua profesional yang menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dan persekitaran yang mendamaikan. Malah, ada juga yang menyediakan perkhidmatan medikal jangka panjang!

Baca juga: 10 Pilihan Terbaik Hotel Mesra Kanak-Kanak Di Malaysia Tahun 2025, ‘Confirm’ Tak Nak Balik!

5 RUMAH JAGAAN ORANG TUA PROFESIONAL DI LEMBAH KLANG

Berikut merupakan antara lima lokasi yang sering menjadi pilihan:

1.Laman Khaira

rumah jagaan orang tua

Foto: Laman Khaira

Terletak di Putrajaya, Laman Khaira menawarkan perkhidmatan penjagaan profesional untuk warga emas dalam suasana yang tenang dan selesa. Mereka mempunyai pasukan jururawat dan pekerja sosial yang berdedikasi untuk menjaga kesejahteraan penghuni. Anda boleh mengambil pakej Daily Care, Weekly Care, Monthly Care atau Home Care.

2.Summer Breeze Cottage Caring Home

rumah jagaan orang tua

Foto: Summer Bridge Cottage

Rumah orang tua Summer Breeze Cottage Caring Home ini mengutamakan penjagaan personal dan suasana seperti di rumah sendiri. Mereka menyediakan pelbagai aktiviti dan program untuk memastikan penghuni aktif dan ceria. Paling menarik adalah, rumah penjagaan ini berkonsepkan seperti berada di resort!

3.CARE Concierge

Foto: CARE Concierge

CARE Concierge menawarkan perkhidmatan penjagaan di rumah yang fleksibel dan boleh disesuaikan dengan keperluan individu. Mempunyai cawangan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, mereka mempunyai pasukan penjaga profesional yang terlatih untuk membantu warga emas dengan pelbagai keperluan harian.

4.Attia Care Centre

Foto: Attia Care Centres

Attia Care Centre menyediakan penjagaan jangka panjang dan jangka pendek untuk warga emas. Mereka mempunyai fasiliti yang lengkap dan pasukan perubatan yang bersedia untuk membantu penghuni semenjak 2010 dan telah bertapak di Klang, Petaling Jaya, Bukit Damansara dan Subang Jaya. Malah, Attia Care menerima rawatan koma, strok, kes kemalangan termasuk bantuan oksigen.

5.Dementia Homecare Centre

Dementia Homecare Centre ini mengkhusus dalam penjagaan warga emas yang menghidap demensia (hilang ingatan). Mereka mempunyai pasukan yang terlatih dan berpengalaman untuk menguruskan keperluan khusus kepada penghuni demensia. Hanya 16 KM dari bandar Klang, Dementia Homecare ini dibangunkan di Petaling Jaya dan penubuhan ini mendapat sokongan oleh Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM).

*Tapi, selagi mampu untuk menjaga orang tua kita dengan sendiri, jagalah ya…

Baca juga: “Ini Bukan Anak Saya..”- Kisah Isteri Sakit Saraf Tunjang Jaga Suami Separa Lumpuh, Buat Ramai Menangis

Sumber: PropertyGuru

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×