Famili

10 Pilihan Terbaik Hotel Mesra Kanak-Kanak Di Malaysia Tahun 2025, ‘Confirm’ Tak Nak Balik!

7
SHARES
hotel di malaysia

Proses memilih destinasi percutian yang sesuai untuk si kecil boleh jadi satu cabaran. Jangan risau, terdapat pelbagai pilihan hotel di Malaysia yang mesra kanak-kanak untuk anda kunjungi. Malah, hotel ini lengkap dengan fasiliti dan aktiviti menarik untuk memastikan percutian anda sekeluarga menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Jom kita terokai 11 hotel mesra kanak-kanak di Malaysia pada tahun 2025 yang pasti membuatkan si kecil dan ibu bapa teruja!

Baca juga: 11 Pulau Tercantik di Semporna Sabah Untuk Penyelam & Pencinta Alam, Tenangnya Rasa Hati!

10 PILIHAN HOTEL DI MALAYSIA YANG MESRA KANAK-KANAK 2025

1.Monkey Canopy, Cheras

hotel di malaysia

Foto: monkeyscanopy

Monkeys Canopy Resort adalah antara pilihan penginapan mesra keluarga di Malaysia yang anda wajib cuba. Resort ini ada pelbagai tarikan menarik seperti taman air, taman tema, dan aktiviti khas untuk kanak-kanak. Kalau ada sambutan hari jadi atau nak buat acara keluarga, resort ini juga ada sediakan pakej khas dengan tawaran menarik.

Lokasinya yang terletak di Sungai Long, Cheras membuatkannya mudah diakses dan sesuai dijadikan destinasi percutian hujung minggu.

2.Doubletree by Hilton Damai Laut Resort, Perak

hotel di malaysia

Foto: Hilton.com

Doubletree by Hilton Damai Laut Resort ini menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang bertema, taman permainan kanak-kanak, dan aktiviti air yang pasti menghiburkan si kecil. Yang bestnya lagi, ia terletak di tepi pantai. Di hotel ini juga terdapat kolam renang infinity yang menghadap laut serta taman permainan yang dilengkapi dengan pelbagai permainan menarik.

Resort ini juga menawarkan aktiviti seperti berbasikal, bermain tenis, dan sukan air yang sesuai untuk seisi keluarga.

3.Holiday Villa, Cherating, Pahang

Foto: Holiday Villa

Di Pahang pula, salah satu pilihan penginapan mesra kanak-kanak yang anda boleh cuba ialah Holiday Villa Cherating.

Suasana sekelilingnya yang santai menjadikannya pilihan tepat untuk berehat dan menenangkan fikiran sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Menariknya lagi, resort ini membenarkan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 11 tahun menginap secara percuma.

Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai semasa menginap di sini. Contohnya seperti bola tampar, polo air, bola sepak pantai dan sebagainya. Ini membolehkan seluruh ahli keluarga dapat berseronok bersama-sama.

4.Resorts World Kijal, Terengganu

Foto: rwkijal

Resorts World Kijal juga antara pilihan penginapan mesra keluarga di Malaysia. Resort ini terletak di kawasan pantai, Terengganu dan menyediakan persekitaran yang ideal untuk percutian keluarga dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang mesra kanak-kanak.

di sini juga anda sekeluarga berpeluang untuk melakukan aktiviti luar seperti pelepasan anak penyu, ATV, berbasikal, tenis, dan sukan air. Kemudahan karaoke dan catur outdoor bersaiz gergasi pun ada! Resorts World Kijal juga menawarkan pengalaman glamping.

5.Grand Orient Hotel, Perai Pulau Pinang

Foto: Grand Orient Hotel

Grand Orient Hotel Perai, Penang memang mesra kanak-kanak dan menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti yang sesuai untuk keluarga.

Hotel ini dilengkapi dengan taman tema air (Laguna Water Park) yang menarik untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai permainan disediakan di mana anan anda boleh bermain sepanjang hari sehingga puas.

6.Bali Residence by Heystay, Melaka

Foto: Bali Residences

Bali Residences Melaka memang mesra kanak-kanak dan menawarkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk keluarga dengan anak-anak.

Mereka menyediakan bilik permainan kanak-kanak yang memberikan ruang selamat dan menyeronokkan untuk si kecil bermain. Selain itu, terdapat juga kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak. Bagi keluarga dengan bayi atau anak kecil, Bali Residences Melaka menyediakan kemudahan yang membolehkan ibu bapa memasak makanan bayi dan menyediakan keperluan anak-anak dengan mudah. Ini menjadikan penginapan di sini lebih selesa dan praktikal untuk seisi keluarga.

7.Espira Kinrara, Selangor

Foto: espirakinrara

Espira Kinrara merupakan hotel mesra kanak-kanak di Selangor yang menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti yang sesuai untuk keluarga. Espira Kinrara mempunyai polisi mesra kanak-kanak di mana kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun boleh menginap secara percuma!

Ini memudahkan keluarga untuk merancang percutian tanpa perlu risau tentang kos tambahan. Lokasi resort ini juga berdekatan dengan beberapa tarikan menarik di sekitar Klang Valley, seperti Sunway Lagoon yang sangat popular untuk aktiviti keluarga.

8.Resorts World Awana, Genting Highland

Foto: Awana Resort

Resort World Awana terletak di tengah-tengah alam semulajadi Genting Highlands yang sejuk, menjadikannya pilihan penginapan di Genting Highlands yang sesuai untuk keluarga yang mencari ketenangan. Resorts World Awana turut menawarkan pakej “Percutian Bertemakan Alam Semula Jadi” yang sesuai untuk keluarga.

Pakej ini termasuk aktiviti seperti trekking di hutan hujan berumur 130 juta tahun dan aktiviti memerhati burung. Pada hujung minggu, resort ini mengadakan program khas untuk kanak-kanak seperti Awana Nature Trail Escapade, di mana mereka boleh belajar tentang alam semula jadi dan berkebun.

9.Furama Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur

Foto: Furama Hotel

Bilik di Furama Hotel, Bukit Bintang dilengkapi dengan dekorasi yang imaginatif dan perabot yang direka khas untuk menghiburkan kanak-kanak.

Selain bilik bertema, Furama Hotel Bukit Bintang juga mempunyai kolam renang luaran yang sesuai untuk aktiviti keluarga. Kanak-kanak boleh bermain air sambil ibu bapa berehat di tepi kolam. Hotel ini juga menyediakan sarapan dengan harga khas untuk kanak-kanak berumur 4-11 tahun.

10.Four Points by Sheraton KLCC

Foto: Marriot

Four Points by Sheraton KLCC dilengkapi dengan kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Di hotel ini juga terdapat juga kelab kanak-kanak percuma yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk si kecil. Ada beberapa juga zon kawasan disediakan khusus untuk kanak-kanak bermain dengan selamat.

Untuk memudahkan keluarga yang membawa anak-anak, hotel ini turut menyediakan alatan makan kanak-kanak dan hidangan khas untuk kanak-kanak.

Baca juga: 7 Tempat Dalam Malaysia Ini Dahulunya Cantik & Megah, Tapi Sayang…Kini Makin Suram!

Sumber: eCentral.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×