Famili

5 Kerja Amal Yang Anda Seisi Keluarga Boleh Buat Walaupun Ramadan dan Syawal Dah Berakhir

26
SHARES

Salah satu cara mendidik hati menjadi insan lebih baik adalah dengan melakukan kerja amal. Sepanjang bulan Ramadan dan Syawal, ramai yang berlumba membuat kebaikan. Anda juga pasti tidak terkecuali bukan?

Pejam celik bulan Ramadan dan Syawal sudah pun berakhir. Memang rindu bulan yang mulia ini tapi tidak bermaksud yang anda tidak boleh teruskan untuk buat kerja amal.

Tidak perlu tunggu bulan Ramadan dan Syawal, di sini kami kongsikan beberapa kerja amal yang anda seisi keluarga boleh buat pada bila-bila masa dan di mana jua!

Buat gotong-royong di rumah-rumah kebajikan.

Kebersihan kawasan rumah kebajikan harus dijaga dengan baik. Pada waktu lapang seperti cuti sekolah, ajaklah keluarga anda beraktiviti gotong-royong di rumah kebajikan berdekatan.

Anda boleh bergotong-royong dengan mencuci kawasan rumah, membaiki peralatan yang rosak, mengecat, menghias dan sebagainya. Serius seronok kalau buat beramai-ramai!

Berikan makanan yang telah siap dimasak kepada golongan gelandangan.

Memberi makanan kepada golongan gelandangan adalah cara terbaik untuk menunjukkan kita peduli. Lebih-lebih lagi, mereka memerlukan nutrisi untuk meneruskan kehidupan.

Anda boleh masak dan bungkus sendiri di rumah bersama keluarga. Kemudian edarkannya pada gelandangan. Selain itu, anda boleh juga membuat tempahan dari restoran dan kemudian edarkan kepada mereka.

Buat lawatan ke pusat jagaan warga emas

Warga emas yang tinggal di pusat penjagaan pastinya berasa sunyi kerana berjauhan dengan keluarga. Ada kalanya mereka rasa tersisih, tidak kurang juga rasa terbuang kerana ditinggalkan.

Jika datang bersama keluarga, bawa lah permainan seperti jigsaw puzzle, dam ular dan sebagainya. Biar anak-anak anda bermain sesuatu yang akan memberi keseronokan kepada mereka.

Memberi bantuan barang dapur untuk golongan asnaf

Tidak kira sesiapa pun, semua orang memerlukan barang dapur untuk memenuhi keperluan di rumah. Bagaimana pula golongan asnaf yang ada ketikanya tidak mampu membeli barang dapur?

Inilah saatnya anda sekeluarga tawarkan diri untuk membantu mereka. Anda boleh beli barangan makanan asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya.

Mengajar kemahiran asas kepada anak-anak yatim

Sama seperti anak yang lain, anak-anak yatim juga perlukan kemahiran asas untuk bertahan hidup. Selain membaca, mengira dan menulis, anda boleh mengajar mereka banyak lagi kemahiran lain.

Anda boleh mengajar mereka memasak menu mudah seperti nasi, telur dadar, dan pasta. Anda juga boleh mengajar mereka mengemas rumah dan membasuh baju. Kemahiran ini ringkas tapi penting apabila mereka meningkat dewasa.

Bagusnya kalau sepakat bersama keluarga untuk buat kerja amal. Ingat, walaupun musim Ramadan dan Raya sudah berakhir, anda masih belum terlambat meneruskan niat baik anda untuk membantu mereka yang memerlukan.

Program CIMB Harapan Ramadan buat ramai teruja untuk teruskan kerja amal

Anda boleh ambil contoh seperti apa yang dibuat oleh CIMB melalui program Harapan Ramadan pada tahun ini. Aktiviti amal yang mereka lakukan sangat menarik untuk diikuti.

CIMB merupakan salah satu organisasi yang turut serta dalam membuat aktiviti amal untuk membantu komuniti di Malaysia.

Program CIMB Harapan Ramadan adalah program khidmat bantuan komuniti yang dianjurkan bersama CIMB Islamic dan CIMB Foundation sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Menerusi program itu, CIMB bekerjasama dengan enam badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Islamic Relief Malaysia, Yayasan Belia Malaysia, Yayasan Kita Anak Malaysia, Persatuan Belia Seri Cempaka, Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah dan Maahad Tahfiz Nadi Huffaz serta 12 rumah anak yatim yang lain.

Dana sebanyak RM1.9 juta disalurkan pada tahun ini dan ia dijangka memanfaatkan lebih 33,000 individu di seluruh negara.

Banyak golongan yang dibantu sewaktu program dijalankan

Antara golongan yang dibantu seperti golongan B40, asnaf, ibu bapa tunggal, orang kelainan upaya (OKU), golongan kurang berkemampuan dan warga emas. Usaha murni ini harus dicontohi oleh orang ramai.

Aktiviti pengagihan lain juga dibuat untuk mengedarkan barangan keperluan harian seperti beras, makanan dalam tin, minyak masak dan makanan ruji. Usahasama ini membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri yang lepas.

Bukan itu sahaja, elaun wang tunai turut disumbangkan kepada rumah anak yatim untuk menampung perbelanjaan keperluan mereka. Anak-anak yatim tersebut juga berpeluang membeli-belah pakaian yang mereka sukai.

Ada kalanya kita tidak sedar perkara yang kita lakukan dengan niat baik itu sebenarnya dah dihitung sebagai kerja amal. Inisiatif daripada CIMB sudah mengajar kita banyak perkara dalam melakukan kebaikan.

Bagi mengetahui info lebih lanjut tentang inisiatif menarik oleh CIMB, anda boleh terus ke laman web di www.cimb.com.my.

Jom tonton video pendek program CIMB Harapan Ramadan di bawah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×