Ini bukanlah rakaman video yang baru. Ia sudah lama berlaku beberapa tahun yang lalu.
Video 1:
Lokasi kejadian ialah di Singapura. Apa yang menyedihkan, sudahlah orang tua itu ditinggalkan dalam keadaan berbogel sambil kipas dibuka penuh, dia juga dicampakkan ke atas katil.
Video 2:
Lokasi kejadian tidak diketahui. Mungkin dari pelbagai sumber.
Patutkah tinggalkan di rumah orang tua?
Pendapat kami, kejadian seperti ini tidak akan berlaku jika anak-anak jaga sendiri ibu-bapa mereka. Selagi ibu-bapa masih hidup, apa salahnya menjaga mereka?
Semasa kita kecil dahulu, mereka jaga kita betul-betul. Janganlah kerana kesibukan masa, kita tinggalkan mereka di rumah orang-orang tua? Di manakah perikemanusiaan kita?