Famili

Resipi Tart Teratai Viral Untuk Aidilfitri Tahun Ini, Confirm Satu Balang Pun Tak Cukup!

13
SHARES
resipi tart teratai

Tart nenas adalah salah satu biskut raya wajib ada di setiap rumah. Tapi apabila kerap jumpa di setiap rumah yang dikunjungi, lama-kelamaan pasti kita akan berasa jemu juga. Apa kata kali ini cuba kelainan pada biskut raya itu dengan mencuba resipi tart teratai viral ini?

Jika anda tidak pandai menggulung tart nenas, boleh cuba resipi tart teratai ini kerana ia tidak melibatkan sebarang gulungan. Rasanya juga adalah sama seperti tart nenas cuma apa yang membezakan mereka adalah bentuknya. Jadi, jom ikut perkongsian penulis mengenai resipi tart teratai untuk anda cuba raya tahun ini!

Baca juga: Cuba Resipi Aiskrim Malaysia Versi ‘Trend’ Baru Ini, Imbau Nostalgia Zaman Kanak-Kanak Anda!

RESIPI TART TERATAI VIRAL

resipi tart teratai

Bahan-bahan:

  • 140 g butter (apa-apa brand pun boleh)
  • 100 g marjerin (saya guna planta@daisy)
  • 60 g gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 330 g tepung red rose
  • 50 g tepung jagung
  • Jem nanas secukupnya

Cara penyediaan:

1. Ayakkan kedua-dua tepung. Kemudian, ketepikan.

2. Seterusnya, pukul butter, marjerin dan gula aising sampai sebati.

3. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanila, dan pukul sebati lagi.

4. Masukkan tepung tadi dan uli sampai jadi doh yang tak melekat di tangan. Kalau terlebih lembik, boleh tambah tepung red rose sikit demi sikit.

5. Bulatkan doh. Balut dengan plastik dan rehatkan doh dalam chiller untuk 15 hingga 20 minit.

6. Keluarkan doh, canai setebal 3 mm dan terap menggunakan acuan biskut jakarta 6@5 kelopak.

resipi tart teratai

7. Kemudian, masukkan dalam mangkuk kertas dan susun dalam tray. Isikan jem nenas.

8. Seterusnya, hiaslah mengikut citarasa anda. Boleh juga letak manik dan apa-apa hiasan yang sesuai.

resipi tart teratai

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak.

10. Bakar suhu 170 darjah atau bergantung pada oven masing-masing dengan api atas bawah.

Info tambahan:

1. Untuk 1 adunan, boleh dapat dalam 80 biji bergantung kepada ketebalan canai.

2. Bunga kecil boleh menggunakan doh yang sama daripada tart itu.

3. 1 paket pes nenas boleh dapat 120+ biji bebola emas. Jadi, nanti boleh agak saiz jem tart nenas anda.

resipit tart teratai

4. Tepung red rose itu bukanlah tepung gandum bunga rose itu. Tepung red rose ini tepung khas untuk buat biskut. Ia sama dengan tepung biskut cuma bezanya apabila menggunakan tepung ini, nanti biskut akan jadi lebih rangup, sedap dan tahan lama.

resipi tart teratai

5. Acuan tembaga ada di kedai bakery, acuan bunga kecil boleh didapatkan di Mr Diy. Tapi, kedua-duanya boleh juga didapatkan di Shopee.

6. Pes nenas beli siap-siap.

Bolehlah cuba buat resipi tart teratai ini dan beri kepada ibu mertua. Pasti mak mertua lagi sayang! Rasa yang sedap, serta bentuk yang cantik, sesiapa pun boleh cair dengan tart teratai anda! Selamat Mencuba!

Sumber: Facebook Nor Haslina Md Nor via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×