Dapur

Resipi Kuih Talam Kastard Jagung Berlemak, Sedap Makan Petang-Petang!

58
SHARES
resipi kuih talam kastard jagung

Ada peminat kuih talam? Ada yang suka jagung tak? Kuih ni kelihatan cantik dan menyelerakan bila dipotong dengan kemas dan licin. Talam kastard jagung ini enak rasanya, lemak dan tidak terlalu manis, sedap je bila gigit bahagian jagung. Terliur hingga menjilat jari. Jomlah cuba buat kuih talam.

Resipi ini dikongsi oleh Nawar Azhar di mana di ambil menerusi seorang blogger yang dipanggil YatieMemories.

Baca juga: Ini Petua Nak Masak Sambal Tumis Sedap Macam Orang Tua

RESIPI KUIH TALAM KASTARD JAGUNG BERLEMAK, SEDAP MAKAN PETANG-PETANG!

Memang mudah resipi. Sesuai untuk anda yang duduk rumah nak sediakan manis-manisan buat yang tersayang. Untuk diri sendiri pun boleh!

Bahan untuk lapisan bawah:

–  1 1/2 cawan tepung beras

–  1/2 cawan tepung jagung

–  1/2 cawan tepung kastard

–  1 cawan gula

–  1 cwn jagung krim manis

–  3 1/2 cawan santan

–  Sedikit perwarna kuning

–  Sedikit garam

Cara menyediakan lapisan bawah:

–  Satukan ke semua jenis tepung dalam mangkuk n

–  Masukkan sedikit garam,gula dan santan.

–  Gaul sebati dan tapiskan.Masukkan ke dlm periuk dan masak di atas api kecil sehingga naik wap.Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.

–  Alaskan loyang dgn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

Bahan untuk lapisan atas:

–  2 cawan santan pekat

–  1 cawan air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya )

–  1 cawan tepung gandum

–  2 sudu besar tepung jagung

–  1 sudu besar tepung ubi

–  2 biji telur

–  2 sudu besar gula pasir

–  Secubit garam

–  Pewarna hijau/pandan

Cara menyediakan lapisan atas:

–  Masukkan kesemua bahan dalam sebuah mangkuk.Gaul sebati,nak mudah blend ke semuanya.

–  Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap,guna api kecil je.

–  Cakar-cakarkan sedikit permukaan bawah dan tuangkan adunan pandan atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.

Selamat mencuba! InsyaAllah resipi ini confirm jadi!

Sumber: YatieMemories, Facebook Nawar Azhar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×