Dapur

Ini Petua Nak Masak Sambal Tumis Sedap Macam Orang Tua

109
SHARES
sambal tumis sedap

Sambal tumis semestinya akan selalu mendapat tempat di hati rakyat. Mana tidaknya, kalau tiada lauk pun, orang Melayu kita boleh sahaja buat sambal tumis ini dengan ikan bilis. Itupun sudah sedap bila makan deengan nasi panas-panas.

Oleh itu, ada beberapa tips dan petua yang dikongsi oleh Putra Bugis Temasek di halaman Facebooknya untuk masak sambal tumis supaya rasanya lebih sedap. Anda pun boleh cuba!

Baca juga: Resipi Muffin Bakar Pandan Sedap & Gebu Guna Air Fryer

TIPS DAN PETUA ORANG TUA UNTUK MASAK SAMBAL TUMIS LEBIH SEDAP!

Kalau dah nama orang Melayu, memang pelbagai jenis sambal tumis yang ada. Jadi setiap tips dan petua nak masak sambal tumis pun berbeza.

1. TIP MASAK SAMBAL TUMIS BILIS

Resep Sambal ikan bilis oleh Seli Farmita - Cookpad

– Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Ia akan membuatkan sambalnya rasa lebih berperisa.
– Bila masak Sambal Ikan Bilis, tidak perlu masukkan garam kerana bilis sudah mempunyai rasa masin. Tambah jika perlu sahaja.
– Untuk rasa lebih enak, boleh goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar hingga agak layu. Angkat. Tumis kisaran cili kering hingga masak. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan barulah masukkan ikan bilis serta bawang yang digoreng tadi.

2. TIP MASAK SAMBAL TUMIS SOTONG

Sambal Tumis Sotong - Kuali

– Untuk masak sambal sotong yang sedap, kena elak sotong berair dan mencemarkan sambal.
– Caranya, selepas dibasuh, perap sotong bersama garam. Dan ketika memasak, rasa kuah terlebih dahulu supaya rasa garam tidak berlebihan.
– Sotong tidak perlu dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam sambal.
– Semasa masak sambal, masukkan sotong terlebih dahulu. Biar hingga kecut barulah masukkan air asam jawa.
– Jika nak elak sotong terlalu kecut, masak sotong separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Teruskan masak sambal hingga pekat dan barulah masukkan sotong kembali ke dalam sambal.

3. TIP MASAK SAMBAL TUMIS UDANG

Recipes | Sambal Tumis Udang | DearNestlé

– Kalau masak Sambal Tumis Udang, kulit dan kepala udang jangan dibuang. Rebuskan kulit udang dan masukkan air rebusan dalam sambal. Ia akan menjadikan rasa sambal lebih sedap dan berperisa.
– Ketika memasak sambal, masukkan udang terlebih dahulu. Biar sehingga air udang keluar dan barulah masukkan air asam jawa.
– Untuk elak isi udang keras, masak udang hingga separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Bila sambal hampir masak, barulah masukkan udang kembali ke dalam sambal.
– Untuk rasa sambal lebih berperisa, boleh juga kisar cili kering bersama sedikit udang kering bagi menyedapkan rasa.

4. TIP MASAK SAMBAL TUMIS TELUR

SAMBAL TUMIS TELUR REBUS PEDAS & SEDAP! (RESEPI MAMA) - YouTube

Untuk membuat Sambal Tumis Telur yang sedap, tambah sedikit ikan bilis sebagai perencah dalam kisaran cili.

5. CILI BOH

Beza Cili Boh Dan Cili Giling / Petua - Menghilangkan Bau Pedas Cili Tumis | ! Chegu Zam : Mendedah teknologi memproses sos cili, sos tomato, cili giling dan cili boh kepada

– Elakkan menggunakan cili boh kerana ada mengandungi cuka.
– Namun jika perlu guna, pastikan ia dimasak hingga betul-betul garing dan lebihkan gula untuk menghilangkan rasa cukanya.
– Boleh juga tumis tomato dadu dan sedikit belacan semasa menyediakan sambal.

6. CILI KERING

Cili Boh: Cara Menyediakan Pes Masakan Paling Penting di Malaysia - Butterkicap

Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering, masukkan sikit kunyit hidup. Insyallah mana-mana masakan yang perlu guna cili seperti sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap.

7. SAIZ API MASAK

Tiga Trik Sederhana Menghemat Gas Saat Memasak - Tribunnews.com Mobile

– Api harus kecil dan tumis rencah sehingga naik minyak.
– Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caramelized / keperangan.
– Sambal tumis akan kelihatan gelap, cantik dan rasanya sedap
– Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Teruskan masak seperti biasa sehingga siap.

Sumber: Facebook Putra Bugis Temasek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×