Siapa yang tahu akan kuih sira sambal ini? Ramai peminat kuih ini dan agak susah juga nak cari kuih tradisional di bandar sekarang. Nampak mudah cara dan bahannya tapi hakikatnya kalau salah cara buatnya tak akan lama jadi rangup dan lembik selepas disira.
Resipi ini dikongsi oleh pengguna Facebook yang bernama NoraFiza Kamarin dan ramai yang tekan suka pada resipi ini! Anda pun boleh cuba.
Baca juga: Ini Petua Nak Masak Sambal Tumis Sedap Macam Orang Tua
RESIPI POPIA SIRA RANGUP, CONFIRM MENJILAT JARI!
Bahan utama:(inti sayur)
– 1 pek kulit popia/50keping
– 1 biji sengkuang (saiz sederhana)
– 3 biji lobak (saiz sederhana)
– 2 sudu besar udang geragau
– Sedikit serbuk perasa
Cara membuat:
1. Sagat panjang-panjang sengkuang dan lobak.
2. Tumis bahan-bahan semua dalam kuali dengan sedikit minyak. Masak bahan-bahan layu sahaja.
3. Kemudian toskan dan sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak,sengkuang tadi kering.Kalau tak kering nanti time menggulung kulit koyak dan hasilnya tak cantik dan tak rangup.
4. Bahan inti dah kering dan sejuk boleh mula menggulung.
5. Gulung jangan terlalu ketat atau padat. Inti pun jangan terlalu banyak. Sederhana saja supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk.Lekatkan dengan air saja pada hujung gulungan supaya tak terbuka.
6. Habis menggulung semua popia boleh goreng garing-garing dengan api yang sederhana.
7. Toskan popia goreng bagi suam-suam atau sejuk sebelum disira.
Bahan-bahan sambal sira
– 8 sudu besar cili kisar(10 tangkai cili kering+ 1/2labu bawang putih+air sikit paras-paras bahan sahaja/blend halus)ambil 8 sudu besar saja dari bahan yang di kisar.
– 15 sudu besar/ 1 ½ cawan kopi gula pasir
– 2 sudu besar sos cili
– 1 sudu kecil Cukup rasa
– 2 sudu besar bijan
– 1/2 cawan minyak masak
Cara memasak:
1. Tumis cili yang dikisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir,sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih,api sederhana sahaja. Jangan tambah air sebab cili kisar dah ada air.
3. Gula memang guna lebih dari cili. Itulah tip untuk bagi popia kekal rangup.Sos cili pula untuk bagi nampak berkilat cantik hasilnya.
4.Dah pekat serta berbuih ganas,tutup api bagi suam-suam.
5.Sambal dah suam terus masukkan popia gaul sampai rata.
6.Susun popia dalam dulang atau talam tapi jangan susun bertindan-tindan atau bertindih-tindih kalau tak nanti popia tak kekal rangup. Dah sejuk baru boleh susun dalam bekas.
Dah siap. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook NoraFiza Kamarin