Dapur

Resepi Puding Coklat, Kisarkan Bersama Bahan INI Barulah Jadi Pekat Elok!

7
SHARES
resepi puding coklat

Pencuci mulut adalah menu yang wajib ada setiap kali selesai menjamah hidangan utama. Bukan itu sahaja, ada juga pencuci mulut yang boleh dijadikan menu minum petang seperti puding coklat. Yang menariknya, resepi puding coklat ini menggunakan roti juga sebagai bahan rahsia.

Macam mana nak buat? Jom ikuti perkongsian resepi dari Shaa Mimi di laman Facebook ini.

Baca juga: Trend Makan Soft Cookies Cicah Susu Suam, Boleh Cuba Di Rumah Ikut Resepi Ini!

RESEPI PUDING COKLAT ADA BAHAN TAMBAHAN ROTI, MENARIK!

resepi puding coklat

Bahan-bahan:

-Agar-agar tali
-Roti
-Susu pekat
-Serbuk koko/milo/chocolate
-Bekas agar-agar

Cara-caranya:

resepi puding coklat

1.Untuk 1 periuk air penuh periuk saiz besar ini , saya gunakan 2 paket agar-agar jenis tali.

2.Potong-potong tali agar-agar. Kuatkan api sekuat-kuatnya atas dapur gas. Saya kacau 5 minit awal sahaja. Pastu saya tinggalkan sahaja agar-agar cair dan halus atas dapur gas tu. Kalau tak nak tunggu kacau-kacau pun tak mengapa.

Apabila tali agar-agar ini dah cair (ambil masa 30 minit), boleh kacau 5 minit untuk sebatikan satu periuk air ini. Perlahankan api (buat api sederhana).

3.Sediakan 3 keping roti. Roti ini adalah untuk dikisar.

4.Masukkan 3 keping roti. Tuangkan 1 tin susu pekat sahaja. Kemudian, masukkan air agar-agar yang dah masak tadi ke dalam pengisar untuk dikisar bersama roti dan susu pekat. JANGAN GUNA AIR LAIN SELAIN DARI AIR AGAR-AGAR YANG MASAK TADI.

5.Sebelum kisar roti dan susu tadi. Air agar tadi pun dah dimasukkan dalam blender sekali. Masukkan pula 2 sudu serbuk koko/milo/chocolate. Saya guna SERBUK COCO DARK BROWN. Kisarkan semua.

6.Dah siap kisar kan? Tuang ke dalam periuk agar-agar tadi. Kacau sehingga sebati. Kalau warna pudar, tambah lagi serbuk koko 2 sudu ke dalam periuk ini terus. Kacau sebati , jangan sampai berketul. Kacau sambil selawat banyak-banyak.

7.Tambahkan susu pekat kalau nak tambah lemak manis ya. Boleh juga tambah secubit garam, 6-7 sudu gula pasir untuk rasa lemak manis.

8.Susun acuan dan masukkan dalam acuan berbagai bentuk. Siap!

resepi puding coklat

*Boleh cuba dan dimakan sejuk-sejuk!

Baca juga: Basuh & ‘Bakar’ Periuk Atas Dapur, Petua Elak Nasi Cepat Basi

Sumber: Shaa Mimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×