Dapur

Lebihan Ayam KFC Semalam Jangan Dibuang, Boleh Buat Nasi Ayam Cara Orang Jepun

2.5K
SHARES
nasi ayam kfc

Nasi ayam merupakan antara juadah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sedap dan sesuai untuk dimakan bila-bila sahaja, menu nasi ayam ini juga telah dipelbagaikan mengikut citarasa terkini orang ramai. Tetapi, apa yang menarik tentang nasi ayam ini adalah cara orang Jepun menjadikannnya lebih menarik dan sedap menggunakan lebihan ayam KFC dan menjadi nasi ayam KFC!

Jika anda ada lebih ayam goreng KFC dan bosan untuk dimakan begitu sahaja, apa kata anda cuba buat nasi ayam menggunakan lebihan ayam tersebut. Tengok dari gambar ni memang buat orang terliur!

Baca juga: Tak Payah Ke Restoran Mahal Lagi, Buat Sendiri Je Resepi Ayam Rebus Herba Chili Oil Ini!

NASI AYAM KFC GUNA CARA MACAM ORANG JEPUN

1.Basuh beras seperti biasa dan masukkan ayam goreng KFC, sedikit kicap cair dan chicken stock.

nasi ayam kfc

nasi ayam kfc

2. Selepas nasi sudah dimasak seperti biasa, inilah masanya untuk anda asingkan isi ayam dengan tulang.

nasi ayam kfc

3. Gaulkan isi ayam dengan nasi. Barulah semerbak wangi nasi ayam tersebut.

nasi ayam kfc

Bukan itu sahaja, tips dari orang Jepun juga yang boleh anda cuba adalah dengan menambah sedikit garam dan lada hitam sebelum makan. Dengan cara ini, barulah anda dapat menikmati rasa nasi ayam dimana ayam KFC tersebut mempunyai rasa yang kaya dengan rempah.

nasi ayam kfc

Jangan lupa cuba!

Sumber : GetNews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×