Famili

Resepi Kerabu Epal Ikan Kembung Ini Boleh Buat Anda Kurus, Makan Setiap Malam!

98
SHARES

“Macam mana lah nak turun berat ni, macam-macam dah try”

Proses menurunkan berat badan bukanlah satu proses yang mudah. Ramai dalam kalangan kita sudah pasti mencuba pelbagai jenis cara untuk menurunkan berat badan, tidak kira dari segi moden atau tradisional. Namun, apa yang anda perlu tahu adalah cara pemakanan yang betul amat penting untuk pastikan berat ‘maintain’ dan tidak naik secara mendadak.

Terapat satu perkongsian di Facebook dimana wanita ini berkongsikan satu resepi kerabu yang anda boleh amalkan ketika diet. Tengok bahan-bahan yang diperlukan tidak sukar, jadi boleh lah anda cuba!

RESEPI KERABU EPAL IKAN KEMBUNG UNTUK KURUS

Tak boleh jadi nih! Berat badan kakak saya dah turun daripada 79kg – 73kg sebab makan ni je setiap malam. Saya nekad ni, saya nekad nak kurus mcm dia jugak. Ok tadi dah pergi beli semua bahan-bahan. Korang tu mana yang dah mula rasa lemak badan dah tak tau nak pegi mana bolehlah try menu ni. Marilah kita!

Bahan-bahan

1.Epal hijau – ikut suka berapa bijik nak letak

2.Ikan kembong – rebus dan carik-carik isinya

3.Bawang besar

4.Limau kasturi

5.Garam halus

Waktu pengambilan menu ni antara pukul 7-8malam SAHAJA Tau. Pastu jangan makan apa-apa dah, kok lapar sangat telan air masak je.

1.Epal tu racik halus-halus cenggitu. Ikutlah..nak buang kulit ke tak nak. Kalau rasa nak kunyah lelama macam makan chewing gum tu tak payah buang kulit dia. Saya pun silap pergi buang pulak kulitnya tadi, patutla lajuuu je menelan.

2.Potong, racik dan hancurkan bawang macam tu. Pakai pisau je takyah pakai blender.

3.Ikan tu ambik isinya je, then gaulkan semua bahan-bahan macam dalam gambar ni. Jangan lupa tabur garam halus sikit je. Perah limau kasturi tu, letaklah dalam 7-8 bijik pun takpe lagi masam lagi sedapppp..tapi jangan muka kita yang masam memang mintak kena luku je!

4.Siap dah. Sekejap je abis ni cayalah..korang tryla buat, kata nak kurus kan.

*Nampak menyelerakan. Jom try!

Sumber: Nazuhaina Azu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×