“Sedapnya kek gula hangus.. teringin pula petang-petang macam ni dengan teh o panas..”
Kek gula hangus semestinya digemari ramai kerana teksturnya yang kenyal-kenyal dan tak terlalu manis. Sebenarnya, untuk membuat kek gula hangus atau dikenali juga sebagai kek sarang semut ni tak susah pun tau. Jadi, lelaki ini telah kongsi resepi kek yang mudah dan yang penting tak perlu pakai oven pun!
KEK GULA HANGUS @ SARANG SEMUT
Saja teringat kat arwah mak.. Dia suka sangat kek ni.. Dia panggil kek orang dulu-dulu.. Kek gula hangus @ kek sarang semut.. So hari ni.. Jadi la kek penoh sarang bersarang ni.. Hari ni kita buat Kek Sarang Semut @ Kek Gula Hangus dengan cara paling mudah.. Tak payah bakar pakai oven bagai.. guna rice cooker ja.. setel!
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
125 gm butter
4 biji telur ayam gred B
Setengah tin susu pekat
1 sudu besar baking soda @ soda bikarbonat ( wajib )
I unit rice cooker
CARA-CARA
1.Panas gula api sederhana sehingga hangus ( tapi bukan hangit ya ) .
2.Bila nampak keperangan.. Tuangkan air panas tadi sikit demi sikit.. sampai habis.. Then perlahankan api sampai gula hangus tadi dan air sebati. Kemudian masukkan butter..kacau. biarkan seketika.
3.Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk.. kacau sebati dengan susu pekat. (kacau untuk sebatikan je).
4.Masukkan tepung dan baking soda.. Kacau sebati.
5.Kemudian tuangkan air gula hangus tadi ( ketika masih suam-suam ) ke dalam adunan sambil kacau sehingga habis.
6.Gris kan rice cooker.. kemudian tuang adunan ke dalam , tudungkan dan tekan button memasak.
7.Kek akan masak sendirinya selepas button masak dah tendang naik. Boleh juga gunakan pisau untuk cucuk samada sudah masak atau belum. Jika perlu tambah masa..tekan kembali button masak tadi.
*Tips: Saya tuangkan air gula ketika masih suam-suam sebab dengan suhu macam tu, baking soda akan cepat bertindak dan tak perlu nak biarkan atau peram.. terus masukkan dalam rice cooker je.
Selamat mencuba!
Sumber: Azizi Rais