Dapur

Cuma Guna 2 Bahan, Dah Boleh Buat Biskut Susu Yang Simple & Rangup

0
reads

“Hujung-hujung minggu macam ni seronok juga kalau mem’baking’. Tapi kalau boleh nak yang ‘simple’ je… Ade tak resepi yang best ye?”

Percaya tak, anda boleh membuat biskut susu yang sedap dengan hanya menggunakan 2 bahan! Mungkin ada yang tak perasan, biskut ini kerap juga menjadi viral terutamanya ketika menjelang hari perayaan.

Biskut susu 2 bahan yang dimaksudkan ini memang amat mudah untuk dibuat. Rasanya lebih kurang macam kuih bangkit. Rangup di luar, gebu di dalam. Biasanya anak-anak sangat suka, mungkin sebab perasa susu.

Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan hasil tangan Cikpuan Iman Husna. Menurutnya, resepi ini dirujuknya melalui Puan Zullaika Zulkurnain dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Mungkin ada beberapa versi membuatnya, tapi ini resepi yang telah dicuba sendiri oleh beliau dan alhamdulillah menjadi.

Mari kita tengok bagaimana cara membuatnya di bawah.

Resepi Biskut 2 Bahan Yang Paling Senang. Sedap Pun Sedap!

Inilah 2 ‘bahan magik’ yang digunakan untuk membuat biskut susu.

Bahan-bahan:

  • 200g tepung jagung
  • 200g susu pekat (boleh juga guna susu pekat berperisa)

*Bagi yang tanya dalam sukatan cawan, agak-agaklah 1 cawan tepung bersamaan dengan 1 cawan susu pekat. Tapi, masukkan sedikit demi sedikit ya. 

tepung jagung

susu pekat manis

*Kalau nak versi warna dan berperisa boleh guna susu pekat perisa coklat atau bandung macam di bawah ini.

susu pekar berperisa

Cara-cara

1. Gaulkan Bahan Sedikit Demi Sedikit

Mula-mula, masukkan susu pekat sedikit demi sedikit ke dalam tepung jagung supaya boleh ‘adjust’ teksturnya. Jangan terus masukkan semua susu pekat ke dalam tepung.

Kalau rasa terlalu lembik, tambahkan sedikit tepungnya. Kalau rasa keras, barulah tambahkan sedikit susu pekat.

2. Bentukkan Doh

Gaulkan kedua-dua bahan ini sampailah ia menjadi doh. Saya ulikan dengan tangan saja.

Kalau doh dah sebati dan tak melekat di tangan, maksudnya dah OK dan sedia untuk dibentuk.

3. Bentukkan

Bila doh dah jadi elok, bolehlah bentukkan ikut kreativiti masing-masing.

Saya buat bentuk bulat-bulat, lepas tu tekan dengan garfu saja. Tak ada pakai acuan pun.

4. Bakar

Akhir sekali, bakar macam biasa. Saya guna periuk ajaib dengan api paling kecil. Ambil masa lebih kurang 10-15 minit. Kalau ia dah tak melekat di permukaan, maksudnya dah masaklah tu.

Bagi yang gunakan oven saya kurang pasti. Tapi ada resepi  yang dirujuk anggarkan boleh bakar dalam 10 minit dalam suhu 180 darjah.

Siap! Mudah, Bukan?

Bila dah siap, keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk sekejap. Kemudian simpanlah dalam bekas kedap udara.

Simple kan?

Anda boleh olah ikut kreativiti sendiri. Mungkin ada yang nak letak topping ceri, chocolate chip, chocolate rice, atau apa-apa saja untuk menambahkan seri dan mempelbagaikan rasanya.

Selamat mencuba.

 

*Resepi ini dirujuk melalui perkongsian Cikpuan Iman Husna. Ia diterbitkan dan disunting semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, lihat post asal beliau di SINI.

Yang Popular

To Top