Dapur

Resepi Kek Coklat Ini Cuma Guna 2 Bahan. Paling Senang Tapi Cukup Sedap!

56.4K
SHARES

Dalam minggu lalu, kek 3 bahan telah menjadi viral di media sosial. Dahlah bahan yang diperlukan tak banyak, cara membuatnya pula mudah yang amat. Rasanya pun boleh tahan!

Dalam perkongsian kali ini, Puan Hanny pula ingin berkongsikan resepi kek coklat beliau menggunakan hanya 2 bahan. Ya, 2 bahan saja. Macam tak percaya, bukan?

Mari kita tengok apakah 2 bahan tersebut dan bagaimana cara membuatnya.

Cara Buat Kek Coklat Paling Senang Guna 2 Bahan. Macam Tak Percaya!

Menurut Puan Hanny, resepi ini sangat sesuai untuk hidangan minum petang dengan anak-anak. Tak rugi mencubanya sebab caranya tersangatlah mudah.

Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut Oreo (pek 137g)
  • 100ml susu Dutch Lady coklat

Cara-cara:

1. Hancurkan Biskut

Mula-mula, hancur biskut Oreo sekali dengan krim di dalamnya. Ikutlah nak bubuh dalam plastik dan tumbuk dengan lesung atau guna blender. Saya guna blender saja.

2. Tuang Susu

Seterusnya, tuangkan susu ke dalam biskut yang dihancurkan tadi. Kacau sampai rata.

3. Masukkan Dalam Loyang

Bila dah siap, masukkan dalam loyang.

4. Kukus

Akhir sekali, kukus selama 20 minit dengan api kecil.

Siap!

Dah siap dah pun. Inilah hasilnya.

*Nota 

Macam dalam gambar ini, saya buat sedikit topping dengan menggunakan cip coklat semi sweet. Caranya mudah saja. Saya double boil cip coklat tadi sampai cair dan sapukan di atas kek.

Tapi, sebenarnya kek ini dah sedap dimakan begitu saja walaupun tak buat toppingnya.

Oh ya, resepi ini akan dapat kek yang kecil saja. Kalau nak lebih besar, boleh gandakan 2 atau 3 kali resepi. Kek yang dalam gambar ini, saya gandakan 2 kali resepi.

Memang Mudah!

Wah, memang simple sangat cara membuatnya. Ekspres pun ekspres. Bolehlah buat kudapan di waktu petang atau pada hari-hari istimewa. Nampak sedap dan moist.

Kalau kreatif, anda boleh juga mengolahnya mengikut citarasa masing-masing. Mungkin ada yang nak gunakan susu putih full cream supaya kurang manis atau susu perasa kopi untuk mendapatkan rasa yang berbeza.

Jadi tunggu apa lagi. Jom kita pakat cuba ramai-ramai!

 

*Resepi asal kek 2 bahan ini dikongsikan oleh Puan Hanny dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan perkongsian lanjut, sila rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×