Dapur

Resepi Aiskrim Coklat Homemade Gebu Guna Blender. Sedap & Berkali Ganda Jimat

548
SHARES
resepi aiskrim coklat

Musim-musim panas ni memang sedap kalau pekena aiskrim ramai-ramai dekat rumah kan?

Kadang tu sampai tak cukup sebekas, yelah sebab ramai dekat rumah tu…

Jadi apa kata kita cuba resepi aiskrim coklat homemade mudah dan jimat yang dikongsikan oleh Puan Eida Ilham ni.

Hasilnya memang gebu dan lemak berkrim!

Resepi Aiskrim Coklat Homemade Gebu Guna Blender. 5 Bahan Je!

Guna 5 bahan je. Kalau buat malam ni, esok pagi boleh ngapp!

Senang sangat, semua boleh buat.

Gerenti jadi punyalahhh.

Di bawah ni saya senaraikan bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovallete
  • Setengah cawan serbuk coklat / koko

Baca juga : 8-in-1 Resepi Aiskrim Malaysia Guna Satu Bancuhan: Choki-choki, Sumi Jelly, Oreo, Cloud 9, dll. Jimat & Sedap!

Cara-cara

1. Campur Semua Bahan Dalam Blender

Mula-mula, campur semua sekali dalam blender dan blend.

Blender tu biar sampai halus, ringan, fluffy, dan gebu gebas. Anggaran masa dalam 5 minit jugak.

2. Masukkan Dalam Bekas

OK ni hasilnya lepas blender. Adunan ni memang cair pun. Jangan risau sebab lepas masuk peti nanti dia beku elok je.

Tuangkan masuk dalam bekas.

Sebelum sejukkan tu bolehlah tabur choc rice kalau ada atau apa-apa topping lagilah kalau suka.

3. Sejukkan

Akhir sekali macam biasa, terus masukkan dalam peti.

Seeloknya buat malam supaya dia beku semalaman tanpa gangguan buka tutup. Yelah, anak-anak tu kadang asyik tanya je bila nak beku sampai asyik ulang-ulang buka peti ais.

Apapun, inilah hasilnya bila dah beku nanti.

Memang sedap, jimat dan lemak berkrim! Setanding dengan yang dibeli.

Berbaloilah makan ramai-ramai kan?

Selamat mencuba ya.

*Resepi aiskrim coklat homemade ini dikongsikan oleh Puan Eida Ilham menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan resepi boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×