Dapur

Resepi Aiskrim Homemade Simple Warna Warni. Laris Buat Jualan!

922
SHARES

Kalau berjalan dengan anak tu, tak sah kalau tak beli aiskrim kan? Nak pulak kalau tengah cuaca panas, kita pun tumpang sekaki makan sama-sama.

Kalau boleh buat sendiri, memang jimat dan puas makan. Bagi yang rajin, boleh jadi sumber pendapatan dan jual di kawasan kejiranan. Tak payah tunggu motor aiskrim datang lagi.

Hari ini kami kongsikan resepi aiskrim simple warna-warni oleh Kak Lina Kassim.

Resepi ini memang beliau gunakan untuk buat jualan kecil-kecilan.

Alhamdulillah, ramai yang minat.

Caranya senang saja, mudah-mudahan semua boleh cuba di rumah.

Resepi Aiskrim Simple Warna-Warni

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim homemade berwarna-warni ini.

Bahan-bahan

  • 1 tin susu pekat (boleh kurangkan bagi yang tak suka manis)
  • 2 tin susu cair
  • Sedikit garam
  • Esen vanila
  • 2 sudu besar ovalette

Cara-cara

1. Campur Semua Bahan

Mula-mula campurkan semua bahan dalam mangkuk untuk diputar.

Yang nak guna mixer, bubuh terus dalam mangkuk mixer.

Bagi yang tak ada mixer, ada resepi yang cakap boleh cuba guna blender. Tapi Kak Lina tak pernah cuba. Apapun, pastikan bebas bau bawang tau!

2. Putar

Kemudian putarkan guna kelajuan paling maksimum.

Kak Lina putarkan selama lebih kurang 20 minit.

Lepas dah putar nanti, adunan akan menjadi lebih pekat / gebu.

3. Warnakan

Kemudian untuk lebih menarik,boleh bahagikan adunan ke dalam 2-3 buah mangkuk.

Letakkan pewarna berlainan dalam setiapnya.

Perasanya juga boleh dipelbagaikan ikut apa yang ada di rumah.

Contohnya kalau tak ada pewarna boleh juga bubuh biskut oreo yang dihancurkan atau serbuk Milo untuk buat aiskrim perasa Milo.

4. Bubuh Dalam Bekas

Seterusnya layerkan adunan aiskrim untuk dimasukkan ke dalam bekas. Jangan dikacau-kacau sangat sebab kita taknak warnanya bercampur dan jadi tak cantik nanti.

Kalau guna bekas transparent macam ni boleh nampak lapisannya dari luar. Lagi menarik dan ceria, mesti budak-budak suka!

5. Topping Ikut Suka

Bila dah penuh bekas tu, bolehlah taburkan apa-apa topping di atasnya.

Ikut kreativiti masing-masinglah ya, sama ada nak bubuh cip coklat ke, chocolate rice, kekacang dan lain-lain.

Kalau tak bubuh pun ok je. Dah sedap dah.

6. Sejukkan

Akhir sekali tutup bekas dan sejukkan.

Simpankan dalam peti sejuk bahagian freezer tu semalaman.

Siap!

Mudah kan? Nampak comel dan teruja nak makan dengan warna ceria macam ni.

Jadi, jomlah kita cuba di rumah nanti. Sesekali tentu seronok dapat merasa air tangan sendiri. Dahlah dapat jimat, boleh makan ramai-ramai.

Yang rajin tu boleh buat jualan, atau ambil order untuk kenduri, open house dan sebagainya. Bagi yang nak tahu, Kak Lina jual 1 bekas macam dalam gambar di atas ni dengan harga RM2.

Selain makan sendiri, dapat juga jana pendapatan sampingan kan?

Selamat mencuba!

 

*Resepi aiskrim simple warna-warni ini dikongsikan oleh Kak Lina Kassim menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal Kak Lina di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×