Asuh

Tiada Istilah ‘Anak Yang Nakal’. Mereka Sebenarnya Cuma Mahu Difahami

627
SHARES

Ibu bapa yang mempunyai anak yang aktif tentu pernah berasa letih, kecewa, sedih, hingga terdetik “Apa silapnya sampai anak aku nakal sangat? Aku tak pernah ajar pun dia buat macam tu…” 

Menurut Parenting Hub, tiada istilah ‘anak yang nakal’ kerana mereka sebenarnya cuma mahu difahami. Bahkan, perangai ‘nakal’ anak kecil itu bukanlah sesuatu yang kekal dan tidak wajar menerima label sedemikian.

Tiada Istilah ‘Anak Yang Nakal’. Mereka Sebenarnya Cuma Mahu Difahami

Bukan semua orang dapat memahami keadaan ibu bapa yang mempunyai anak kecil, terutamanya mereka yang hiperaktif dan sukar duduk diam. Bahkan, kita sebagai ibu bapa pun kadang-kadang tak faham dengan perangai anak sendiri.

Jika keadaan ini sedang berlaku kepada anda, hadamkan baik-baik 7 perkara ini.

1. Fitrah Anak Kecil Itu Bermain

Pertama sekali, penting untuk kita faham bahawa seorang anak kecil secara fitrahnya memang suka bermain. Mereka cepat teruja, mereka suka mencuba dan meneroka persekitaran sekeliling mereka.

anak tantrum

Foto Kredit: matrony.ru

2. Anak Kecil Punya Tenaga Yang Luarbiasa

Menurut kajian biologi, seorang kanak-kanak mempunyai lebih banyak tenaga disebabkan faktor usia selain memiliki jam tidur yang lebih banyak berbanding dewasa. Otak mereka juga lebih aktif, mahu belajar, free-spirited, dan bebas daripada stres.

Faktor ini semua menyumbang kepada kadar tenaga yang tinggi dalam seorang kanak-kanak. Padanlah mereka tak letih-letih!

anak susah tidur siang

Foto Kredit: lifeasmama.com

3. Tanda Anak Yang Sihat & Cerdas

Malah, mereka memang sepatutnya sentiasa bergerak serta meneroka untuk membolehkan otak mereka berkembang baik.

Daripada duduk ‘diam’ di hadapan skrin tablet dan smartphone, lebih baik anak-anak ini bermain dan menggunakan semua kebolehan fizikal mereka. Itu lebih sihat!

Perwatakan anak bongsu

4. Jangan Terasa, Perbuatan Mereka Tidak Ditujukan Untuk Sesiapa

Mungkin ada anak kecil yang ‘mengejek’, melempar bola, atau berkelakuan kasar kepada kita. Jangan mudah ambil hati.

Sedarkah anda bahawa anak-anak kecil ini, terutamanya yang berusia sekitar 2-3 tahun, masih belum mampu mengenalpasti kebanyakan jenis emosi yang kompleks.

Foto Kredit: thelearningcommunity.us

5. Sukar Mengawal Emosi Sendiri

Apabila anak tantrum, lazimnya mereka sukar mengawal perbuatan dan sama sekali tidak menujukan perbuatan tersebut kepada sesiapa secara khusus.

Mungkin saja anak kecil itu ingin mengajak anda bermain, penat, mengantuk, sedih, kecewa, lapar, tidak selesa, atau terasa tidak didengari, dan banyak lagi alasannya yang kadangkala mereka sendiri keliru.

Foto Kredit: minq.com

6. Ia Mungkin Kali Pertama Berlaku

Kita tak berhak menghakimi sebuah keluarga dan cara didikan mereka hanya kerana satu insiden yang telah berlaku di hadapan kita. Kita tak tahu apa yang mereka lalui setiap hari sejak si anak itu lahir.

Jadi, elakkan bersangka buruk kerana mungkin saja kali pertama ia berlaku.

Foto Kredit: afamily.vn

7. Mereka Pun Tak Minta Ia Berlaku

Tiada siapa yang dapat menjangka sama ada anak mereka akan ‘buat hal’ di hadapan orang ramai. Kalau diberi pilihan, tentulah tiada ibu bapa yang mahu melalui keadaan yang memalukan itu.

Foto Kredit: delfi.lt

Jangan Mudah Melabel Dan ‘Menghukum’

Anak tantrum adalah salah satu perkara biasa yang berlaku pada anak kecil. Mereka sedang belajar mengekspresikan keperluan dan emosi dengan cara yang tersendiri. Maka, tidak wajarlah kita sewenang-wenangnya melabel mereka ‘nakal’.

Sebagai pemerhati, kita patut memberi ruang kepada ibu bapa mereka untuk menenangkan keadaan. Ibu bapa pula perlulah lebih proaktif dan cuba memahami keperluan si kecil sebelum mereka sampai hadnya.

Jika anda telah berusaha sedaya-upaya, maka percayalah bahawa ia sama sekali tidak menjadikan anda ibu bapa yang teruk!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×