Asuh

Mulanya Wanita Ini Mungkin Mandul, Berkat Usahanya Kini Bahagia Anak 10!

12
SHARES
proses kehamilan

Proses kehamilan merupakan antara anugerah yang diidamkan kebanyakan wanita. Namun kebelakangan ini, fenomena ‘childfree‘ atau tidak mahu anak yang bermula di Barat semakin merebak hingga ke Malaysia. Realitinya gaya hidup tersebut berbeza dengan tiada upaya mendapatkan dan melahirkan zuriat (childless).

Sebelum memasang niat sebegitu, mari berlapang dada dengan mengikuti perkongsian peguam Asiah Abd Jalil di dalam usahanya memperoleh zuriat sehingga lahir anak pertama. Di mana, kini, dia adalah ibu yang bahagia dengan penuh rasa syukur kepada 10 orang anak.

Baca juga: Gara-Gara Anak Makan Bersepah, Individu Ini Didenda RM5 Oleh Tuan Kedai!

PROSES KEHAMILAN WANITA HEBAT ANAK 10

proses kehamilan

Gambar: Puan Asiah Abd Jalil bersama suami dan 10 anaknya.

Sejak kecil, saya berimpian untuk memiliki ramai anak. Saya datang dari keluarga besar, anak ketiga dari 10 orang adik-beradik.

Masa bercinta, saya pernah clash dengan teman lelaki sebab dia ada 2 orang adik-beradik saja. Saya takut kelak bila dah jadi suami, dia tak nak ramai anak sebab dia tak biasa hidup dalam keluarga besar.

Ketika usia saya 18 tahun, saya didiagnos menghidap PCOS. Doktor kata, rahim saya juga tidak sihat. Kelak saya mungkin tidak dapat melahirkan anak. Waktu itu dunia saya terasa gelap. Saya tangguh pengajian saya selama 1 semester di UIA, sebab saya terlalu sedih dan tertekan.

Baca juga: “Bayar Mahal Pergi Haji Untuk Hidup Susah” Tiada Beza Bayar 10 Atau 100 Ribu!

“Diajak kahwin biarpun dia sudah tahu saya kemungkinan mandul”

Teman lelaki ajak saya kahwin semasa usia saya 19 tahun, walaupun masa tu dia dah tahu saya mungkin mandul. Mulia betul hati dia. Saya terharu ada orang sanggup terima saya yang tidak sempurna ini.

(Tapi masa itu saya pernah terfikir, adakah teman lelaki nak kahwin dengan saya. Padahal dia dah tahu saya mandul, sebab dia memang sebenarnya tak nak anak pun?)

Ketika perbincangan untuk berkahwin, keluarga kedua-dua pihak buat perjanjian. Jika saya tak mampu lahirkan anak dalam tempoh 5 tahun selepas perkahwinan, saya mesti izinkan encik suami untuk berpoligami.

Arwah bapa mentua saya kata, anaknya cuma 2 orang. Dia berharap sangat untuk memiliki cucu-cucu yang ramai. Saya akur dengan syarat tersebut. Saya ada tempoh selama 5 tahun untuk berusaha hamil.

Disebabkan perjanjian ini, selepas berkahwin, saya nekad untuk berhenti belajar. Saya lupakan cita-cita saya untuk menjadi doktor. Apalah guna menjadi wanita yang hebat dalam kerjaya, tetapi childless. Demikian pendirian saya.

Saya pergi berubat sana sini. Perubatan moden, rawatan tradisional, ikhtiar ruqyah, jumpa bomoh, semua saya cuba.

Dengan izin Allah, saya berjaya hamil selepas 10 bulan berkahwin. Saya ingat sampai sekarang, tarikh 13 Januari 2003, doktor klinik di hadapan Balai Islam Lundang, Kota Bharu sahkan saya hamil.

Baca juga: 5 Filem Ini Bangkitkan Isu Pengabaian Kanak-Kanak, Sediakan Tisu Siap-Siap!

Baca juga: Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!

Kehamilan pertama yang dilalui dengan pelbagai ujian

Kehamilan pertama saya tidak mudah. Saya mengalami pendarahan selama berbulan-bulan. Hinggakan doktor pernah menyangka saya keguguran dan menasihatkan saya untuk D&C.

Nasib baik saya tidak terburu-buru. Bayi dalam kandungan saya membesar elok-elok sahaja.
Pendarahan saya berterusan hingga ke akhir kehamilan. Doktor bimbang jika saya alami placenta previa. Saya tinggal di wad hospital sejak kandungan 7 bulan, sehinggalah genap 9 bulan.

Saya melahirkan anak sulung pada 13 Oktober 2003 di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Tarikh keramat saya bergelar ibu.

Kini, dapat 10 zuriat & menikmati perjalanan hidup keibuan dengan penuh rasa syukur

Sejak itu saya mula menikmati motherhood journey dengan penuh rasa syukur dan bahagia. Hingga kini saya bertuah dikurniakan 10 orang anak penyejuk mata, hati dan jiwa.

Child-free? Saya harap tiada seorang pun dari 10 orang anak saya yang memilih untuk hidup child-free.

Baca juga: Sedih Ada Yang Kata Suri Rumah Hanya Goyang Kaki, Bertenang Ini Kunci Untuk Rasa Positif

Sumber: Asiah Abd Jalil

FT Image: Asiah Abd Jalil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×