Baru-baru ini telah tular di media sosial sebuah video menyaksikan tindakan sebuah keluarga yang bersepakat melakukan ‘prank’ sambutan hari jadi ibu mereka. Helahnya adalah wanita itu diberitahu, kononnya si suami ada membawa perempuan lain pulang rumah mereka, padahal itu semua hanyalah cerita rekaan semata-mata atas tujuan melakukan kejutan.
Mendengar bahawa si suami bertindak curang, wanita mana yang tidak mengamuk bukan? Dalam keadaan tergesa-gesa pulang, tidak semua kisah ‘prank’ ini akan berakhir dengan kedamaian malah ada juga yang boleh meragut nyawa!
‘PRANK’ BAWA PUCUK MUDA BALIK RUMAH, RUPANYA SAMBUTAN HARI JADI
Dapat dilihat dalam paparan video tersebut, setelah membuka pintu rumah, si isteri yang belum sempat menanggalkan kedua-dua kasut segera meluru ke dalam dan membuka pintu bilik hujung untuk ‘menangkap’ suami yang dikatakan curang itu. Lalu, kedengaran suara ahli keluarga sama-sama menyanyikan lagu Happy Birthday dan membawa sebiji kek.
Dalam keadaan marah, dia segera membaling topi keledar sebelum memberikan amaran kepada suaminya. Suasana bagaimanapun kembali jernih setelah dia berjaya menenangkan diri, ahli keluarga terlibat juga meminta maaf.
Sejak dikongsikan ke laman TikTok, video ini sudah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan. Netizen turut meninggalkan komen yang berbeza kerana ada yang anggap ini hiburan dan ada tidak. Namun, ada satu komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook bernama Sitti Zainah Zainal ini mungkin akan membuatkan kita semua TERSENTAK.
SUAMI BUAT PRANK, ISTERI TERLIBAT KEMALANGAN
Dalam kisah yang dikongsikan semula oleh Puan Sitti Zainah yang pernah mengendalikan kes kemalangan, seorang suami dikatakan pernah membuat prank serupa. Apabila diberitahu suaminya membawa balik perempuan lain, si isteri yang bergegas pulang ke rumah mula memandu kenderaan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum terlibat dalam sebuah nahas yang mengorbankan dirinya di lokasi kejadian.
Menurutnya, daripada sebuah majlis sambutan hari jadi yang patut diraikan dengan penuh gembira dan kesyukuran, siapa sangka ia bertukar kepada peristiwa paling menyedihkan dalam kehidupan si suami. Sehingga kini, suami tersebut tidak kahwin lain dan hanya fokus menjaga 3 orang anak.
*Jadi, jangan buat main dengan cerita rekaan sebagai hiburan ini. Berpada-padalah dalam bergurau-senda…
@goodymyofficial Avoid pulling pranks like this lah, kesian the akak! What was meant to be a lighthearted birthday prank turned into an emotional rollercoaster for one woman after she spotted an unknown woman near her husband’s car. Suspecting the worst, she stormed home, convinced that her husband was cheating on her and ruining their marriage. However, the truth was far from what she imagined. Her husband, along with their family, had planned a birthday surprise for her. The unknown woman she had seen was actually part of the prank. But instead of joy, the surprise left her feeling blindsided and anxious about the state of her marriage. In the viral video capturing the aftermath, her family is seen comforting her while her husband apologises for causing unnecessary worry. The unknown woman was also part of the surprise and, in a gesture of respect, the woman offered the upset wife a salam, seeking forgiveness. Netizens quickly shared their opinions, pointing out that while pranks can be fun, playing with someone’s emotions—especially in matters as sensitive as a relationship—can be harmful. Many felt that pranks involving serious issues like trust in a marriage should be off-limits. What do you think—was this prank harmless or did it cross a line? 🔥 Follow @goodymy for more stories that matter from cerita lokal to global 🇲🇾 . . . #goodymy #kataraGMY #socialstories #viral #latest #trending #malaysia #local #shocking #relationship #marriage #prank #sensitive #cheating #birthday #surprise ♬ original sound – goodymyofficial
Baca juga: Pelik Murid Jalan Terseret-Seret, Rupanya Kasut Disumbat Kertas, Guru Simpati Terus Belikan Baru
Sumber: Tiktok @goodymyofficial