DIY & Kraf

Patutlah Nasi Cepat Basi, Rupanya Kena Cuci Periuk Guna 2 Bahan Ini!

2
SHARES

“Hmm nasi cepat basi. Kenapa ya?”

Nasi boleh bertahan selama 24 jam atau lebih selepas dimasak tetapi pelik juga kalau nasi cepat basi dan terpaksa dibuang kerana tidak boleh dimakan. Memang pening kepala dibuatnya memikirkan masalah ini tetapi sebenarnya anda mungkin tidak tahu bahawa punca nasi cepat basi boleh disebabkan oleh periuk nasi.

Ada yang cakap bila nasi dah basi sekali, ia akan berlaku berkali-kali. Betul ke tu? Bagi mengelakkan masalah nasi cepat basi berterusan, apa kata cuci periuk anda menggunakan bahan di bawah seperti perkongsian Ida Shahida di laman Facebook.

Baca juga: Cara Bersihkan Beras Berkutu Guna Oven, ‘Confirm’ Putih & Bersih!

NASI CEPAT BASI SEBAB TAK CUCU PERIUK GUNA 2 BAHAN INI

nasi cepat basi

 

– Cuci periuk dengan sabun bagi bersih dan masukkan garam kasar 3 genggam penuh campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping.

– Tambah sedikit air supaya air garam dan asam dapat bersatu. Cuci periuk dengan tangan selama 3 hingga 4 minit dan biarkan selama 15 minit. Ulangi 3-4 kali.

– Buat dekat tudung periuk sekali-sama. Cuci dengan sabun dan bilas dengan air bersih 2-3 kali.

– Didihkan selama 15 minit dengan air bersih.

Cara stim semula nasi: 

– Selain kukus anda juga boleh masukkan dalam periuk letrik dan tambahkan sedikit air panas dan tekan ‘cook’. Bila dah panas nasi akan jadi cantik semula dan lembut dimakan.

Guna microwave:

– Masukkan ke dalam mangkuk tahan panas, basahkan 2-3 helai tisu, letak/tudung keseluruhan bahagian atas nasi tadi. Tekan ‘cook’ selama 2-3 minit. Nasi akan jadi lembut dan cantik seperti baru dimasak.

Lepas ni tiada lagi masalah nasi cepat basi. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Ida Shahida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×