DIY & Kraf

Cara Bersihkan Beras Berkutu Guna Oven, ‘Confirm’ Putih & Bersih!

56
SHARES

“Alamak, habuknya beras ini, macam mana nak bersihkan…”

Pelbagai cara sebenarnya boleh anda cuba untuk bersihkan beras yang ada kutu dan berhabuk akibat ditinggalkan terlalu lama atau tidak digunakan lagi. Antara cara paling mudah yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan oven sahaja. Bukan hanya boleh membakar biskut malah juga ada kegunaan lain.

Tips ini telah dikongsi oleh saudari Nurhasanah Harun di laman Facebooknya dan sehingga kini telah menerima 1.2 ribu ‘share’ oleh pengguna Facebook.

Baca juga: Deko Rumah Guna Vinyl Flooring Harga ‘Bajet’ Tapi Lawa Macam Harga Kayangan!

CARA BERSIHKAN BERAS BERKUTU GUNA OVEN

6 bulan tinggal rumah, beras pun bubuk dah berkampung. Sayang nak buang sebab elok lagi. Cara saya tak jemur sebab saya malas keluar rumah, lagipun sekarang cuaca hujan kan

Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 mnit biar betul-betul panas semua beras tu. Mati la bubuk sekali ulat-ulat dia.

Sebelum bakar. Merayap je dia lari pergi bawah

Dah bakar. Ayak buang bubuk dan ambil yang bersih

Ni haaa. Bukan bubuk je, segala habuk pun ada

Siapppp! Dah bersih

oven

*Kalau tak ada oven tu boleh  goreng tnpa minyak dalam kuali. Sekejap sahaja agak-agak panas. Jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak.

Macam mana nak tahu beras masih elok?

Cuba basuh beras kalau tak ada warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok. Kalau banyak timbul dan ringan, cuba la patahkan beras tu, dalam dia ada ulat bubuk. Semoga manfaat dan selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nurhasanah Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×