Dapur

Petua Bahan Kisar Tahan Lebih Lama, Boleh Simpan Sampai Sebulan!

59
SHARES

Menyimpan bahan kisar dalam amaun yang banyak merupakan perkara biasa bagi kaum ibu. Ini kerana perkara ini memudahkan mereka ketika memasak dan juga mudah untuk mereka guna dalam jangka masa yang lama. Tetapi apa yang mereka perlu khuatir ialah, adakah bahan kisar itu akan tahan lama didalam peti? Bahan bahan kisar itu juga boleh berkulat jika salah simpan.

Walaubagaimanapun, salah seorang pengguna laman Facebook, Ani Zam melalui group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) berkongsi cara yang betul untuk membuatkan bahan kisar itu tahan lama dan tidak berkulat. Tak perlu nak risau lagi lepas ni.

Cara-cara membuat cili kisar

Hari ini nak kongsi cara2 menyimpan cili kisar n bawang kisar agar tahan lebih lama. Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiau tinggal cedok jer..stok utk seminggu.. Dah nak masuk bulan puasa ni , senang buat stok macam ni…

– Gunting cili kering lebih kurang 1 inci

– Masukkan ke dlm tapis yang berlubang agak besar utk membuang biji cili

– Kemudian masukkan ke dlm periuk dan rebus cili hingga mendidih

– Letakkan satu sudu besar garam dlm rebusan dan kacau sebentar

– Bila telah mendidih , tutup api

– Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili

– Masukkan cili yg sudah di basuh tadi ke dalam blender

– 100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas)

– Blender menggunakan air tapis

– Bila dah siap blender , masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais..

– Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut

Cara-cara membuat bawang merah kisar

– 6 biji bawang besar , 10 biji bawang kecil

– Kupas bawang , cuci , keringkan dan hiris kecil

– Blender bawang bersama minyak masak

– Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang

– Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender

– Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas

– Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais

– Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut

Cara-cara membuat bawang putih kisar

– 5 labu bawang putih

– Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil

– Blender bawang bersama minyak masak

– Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang

– Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender

– Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas

– Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais

– Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut

Sumber : Ani Zam

Most Popular

To Top