Baru-baru ini kecoh dan tular di laman media sosial apabila satu video memaparkan seorang pakcik penjual ‘es teh’ atau teh ais dipersenda dan dihina oleh penceramah terkenal Indonesia dikenali sebagai Gus Miftah, 43 tahun. Persendaan dan gurauan itu mendapat kecaman kerana dianggap sebagai tidak beradab.
Kisah penjual teh ais bernama Sunhaji itu trending selepas ditonton jutaan kali di media sosial, turut mendapat simpati pelbagai golongan seperti tokoh Nahdatul Ulama (NU), biro pakej umrah, netizen dan pempengaruh, malah mereka segera berhasrat membantu Sunhaji.
Baca juga: “Saya Hanyalah Anak Makcik Kantin..”- Abang Pilot Titip 3 Pesanan Untuk Calon SPM Supaya Cemerlang!
DININA GUS MIFTAH, PAKCIK PENJUAL TEH AIS DIANGKAT DARJAT!
Namun, rahmat di sebalik dugaan, itu terjadi kepada penjual teh ais apabila dilaporkan mendapat rezeki tanpa disangka berupa hadiah wang tunai serta tiket umrah percuma! Menurut laporan Detik.com, ulama muda, Ustaz Muhammad Fakhrurrazi Anshar menerusi akaun Instagram peribadinya bercadang memberikan tiket umrah percuma kepada Sunhaji.
“Bismillah, hadiah umrah awal Ramadan untuk penjual teh ais. Insya-Allah saya akan membimbingnya secara langsung”
“Alhamdulillah, kami dapat menghubungi anaknya dan jirannya. Mohon doa yang terbaik dari sahabat semua, agar niat murni ini mendapat keredaan dari Allah SWT,” tulis Ustaz Fakhrurrazi.
Pempengaruh dan pencipta kandungan Willie Salim pula memberi ‘pampasan’ 100 juta rupiah (kira-kira RM27,899) kepada Sunhaji. Reaksi penjual teh ais yang seperti merasakan menerima timbunan wang terus menangis terharu, sambil menyatakan merancang menggunakannya untuk membuka gerai serta membayar tunggakan yuran sekolah tanggungannya.
Kisah balasan baik terima Sunhaji selepas menjadi bahan penghinaan turut tular di media sosial. Malah, dilaporkan Gus Miftah sudah bertemu Sunhaji di kediamannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka, dengan disaksikan isteri dan tetamu lain.
“Dengan kerendahan hati, saya meminta maaf atas kekhilafan saya. Saya memang sering bergurau dengan sesiapa pun. Walau bergurau, saya tetap memohon maaf,” jelas Gus Miftah dalam sebuah video.
*Itulah orang cakap, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memang buruk padahnya! Setinggi manapun pangkat yang anda ada, sentiasalah berpijak di bumi yang nyata. Setinggi-tinggi pangkat diperolehi, sedarlah bahawa pangkat di sisi Yang Maha Esa adalah 1000 kali ganda lebih hebat dari apa yang anda ada sekarang.
View this post on Instagram
Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!
Sumber: Detik.com