Rakyat

Pengeluaran Khas KWSP, Ini 4 Perkara Penting Sebelum Mohon Keluar RM10K

4
SHARES

Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Baca juga: Kerajaan Umum Kebenaran Pengeluaran Simpanan KWSP RM10,000

PENGELUARAN KHAS KWSP, INI 4 PERKARA PENTING SEBELUM MOHON KELUAR

Terbaharu, menerusi laman Facebook rasmi KWSP, terdapat infografik yang dimuatnaik dan rakyat perlu peka empat perkata penting bagi melancarkan proses permohonan.

Berikut adalah informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas. Nantikan informasi terkini yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Pastikan telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP dan semak baki simpanan KWSP anda. Selain itu, pastikan juga nombor akaun bank perlu berada dalam keadaan aktif sama ada akaun simpanan atau semasa.

Kerajaan berharap agar para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Sumber: Facebook KWSP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×