Rakyat

Kerajaan Umum Kebenaran Pengeluaran Simpanan KWSP RM10,000

8
SHARES

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah mengumumkan satu berita gembira apabila bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Jelasnya, keputusan yang sukar ini membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Baca juga: Tidak Boleh Bergantung Tabung KWSP Setiap Kali Bencana

KERAJAAN UMUM KEBENARAN PENGELUARAN SIMPANAN KWSP RM10,000

Menurut laporan Harian Metro, kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion membabitkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan,” jelasnya.

Kerajaan telah mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. Walau bagaimanapun, beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali dalam keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” uajrnya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×