Rakyat

Tidak Boleh Bergantung Tabung KWSP Setiap Kali Bencana

149
SHARES

Pakar berkaitan wang menjelaskan pengeluaran i-Citra RM10,000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini, bukan satu penyelesaian yang baik untuk mangsa banjir.

Menurut Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata pengeluaran KWSP akan menyebabkan simpanan persaraan pada hari tua berkurang.

Baca juga: KWSP Lancar Skim i-Sayang Tahun Depan, Pemindahan Sukarela 2% Akaun Suami Ke Isteri

TIDAK BOLEH BERGANTUNG TABUNG KWSP SETIAP KALI BENCANA

Hal ini kerana purata umur rakyat di negara ini adalah 75 tahun dan sekiranya mereka bersara pada umur 55 tahun, mereka akan mempunyai 20 tahun lagi untuk hidup sebagai pesara.

“Dalam 20 tahun itu memerlukan RM1,000 untuk keperluan bulanan, maka simpanan mereka kena ada RM240,000. Tapi apa yang berlaku sekarang, secara purata, pencarum KWSP hanya mampu RM42 sahaja sebulan berdasarkan purata simpanan pencarum sekarang,” jelasnya.

Isu pengeluaran khas i-Citra RM10,000 secara sekali keluar itu kembali hangat diperkatakan apabila terdapat beberapa pihak mendesak kerajaan mempertimbangkan pengeluaran itu untuk meringankan beban mereka yang terjejas dalam musibah banjir.

Justeru itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra KWSP bagi kali kedua, berikutan kerajaan memperuntukkan pelbagai bantuan termasuk kewangan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Selain bantuan wang ihsan RM1,000, kerajaan turut memberikan baucar tunai bernilai RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir bagi pembelian barangan elektrik, pemberian diskaun dan baucar tunai RM1,000 bagi tujuan pembaikan atau pembelian semua kenderaan yang terkesan dalam banjir dan bantuan tunai sehingga RM5,000 untuk pembaikan rumah yang mengalami kerosakan tidak serius.

Bagi rumah yang mengalami kerosakan serius, kerajaan akan mengurus baik pulih dengan kos sehingga RM15,000 dan bagi rumah yang musnah, peruntukan sehingga RM56,000 untuk setiap unit rumah yang dibina baharu.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan wang tunai RM2,500 khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing.

KWSP dalam kenyataan baru-baru ini pula menyebut skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada tahun 2020, diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021, adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif itu diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.

Menurut KWSP, walaupun skim pengeluaran itu memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik COVID-19 dan PKP, ia menyebabkan 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP dengan 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang daripada RM1,000.

“Kalau biasa gunakan peluang untuk keluarkan KWSP itu, nanti umur sudah 60 tahun nak guna bantuan daripada mana lagi kalau sudah tidak ada simpanan dalam KWSP untuk pengeluaran jika sentiasa guna ketika kecemasan,” tambahnya.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×