Rakyat

KWSP Lancar Skim i-Sayang Tahun Depan, Pemindahan Sukarela 2% Akaun Suami Ke Isteri

305
SHARES

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Apa pula yang dikatakan dengan skim i-Sayang ini?

Baca juga: Nampak Macam Sama, Rupanya Ini Beza Jenis Tali Tape Ukur Baju Ikut Warna & Inci

KWSP i-Sayang, PEMINDAHAN SUKARELA 2% AKAUN SUAMI KE AKAUN ISTERI

Pengerusi Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.”

Bukan itu sahaja, KWSP  juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh memaksa majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.

“Bersama-sama, kami percaya bahawa rangka kerja perlindungan sosial yang lebih baik boleh membantu kami dalam meminimumkan, jika tidak membasmi, kesan negatifnya kepada manusia,” kata beliau.

Sama-sama kita nantikan cara permohonan dan syarat kelayakan KWSP i-Sayang ini kelak.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×