Famili

Nampak Macam Sama, Rupanya Ini Beza Jenis Tali Tape Ukur Baju Ikut Warna & Inci

9.9K
SHARES

Setiap kali nak beli baju secara online, pasti anda akan mengukur dahulu saiz baju yang dijual menggunakan tali tape ukur baju bukan? Tetapi, ada juga dalam kalangan kita yang walaupun sudah mengukur baju tersebut, masih dapat saiz baju yang tidak kena dengan badan apabila dicuba. Salah ukur ke?

Rupanya, ada kesalahan yang anda lakukan dalam penggunaan jenis tali tape ikut baju tersebut. Walaupun nampak sama, tetapi tali tape ukur juga ada perbezaan kegunaannya berdasarkan jenis warna dan perbezaan inci. Baru tahu!

Baca juga: Cara Basuh Baju Putih Tak Payah Sental, Putih Berseri Macam Baru!

NAMPAK SAMA, RUPANYA INI BEZA JENIS TALI TAPE UKUR BAJU!

Nak tahu apa beza tali tape yang selalu anda guna untuk ukur baju tu, ikuti perkongsian pengguna Twitter Cikgu Zel di bawah ini.

“Ingat sama..”

Nak share ilmu malam ni pasal ‘tali tape’, ada perbezaan rupanya. Ingat sama.

-Warna hijau dan kuning untuk ukur baju or seluar yang dah siap dijahit.

-Warna putih untuk buat baju or seluar yang hendak dijahit.

-If beli baju online di Malaysia biasa guna inci UK (tape hijau or kuning).

Ukurannya berbeza sangat-sangat. Kalau anda nak tempah baju atau nak ukur baju online tu muat or tidak, mohon pastikan tali inci anda adalah yang hijau atau kuning tu.

Ada yang mengatakan takda kaitan dengan warna, jadinya cara selamat nak tahu mana inci yang betul:

-Semak dengan pembaris sentimeter

-Jika tulis cun (市寸) = China

-Ada 7 senggat antara inci = UK

-Jika beli baju online (Malaysia) biasanya guna inci UK.

Jadi kalau nak ukur saiz sebelum beli baju online, pastikan korang guna tali tape yang betul. Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter @cikguzel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×