Didik

Penangkap Ular, Sensor Kebocoran Gas antara Inovasi Peserta Petrosains di Persidangan Tenaga OPITO

Jyvea Izraeylnie Jamrylazaru, berusia sepuluh tahun, berasal dari Kampung Kawang Baru, Sindumin, Sabah, mempunyai masalah lain daripada kebanyakan kanak-kanak sebayanya. Dia menetap di sebuah kampung yang kerap diganggu oleh masalah ular.

Jyvea mula bertekad untuk memasang perangkap ular, yang mulanya hanya dengan menguji kotak dan botol. Kemudian ibunya, seorang guru sekolah, mendaftarkannya untuk bengkel Digital, Automation & Robotics Technology (DART) di Petrosains Playsmart, Kota Kinabalu.

Di bengkel tersebut, Jyvea mempelajari tentang perisian Arduino, Introduction to Artificial Intelligence with mBlock, Python Coding with IoT Integration Workshop by Kinabalu Coders, Tello Drone Flight dan pemodelan 3D. 

Baca juga : Anak Mesti Tak Nak Balik! Ini 6 Lokasi Padat Dengan Aktiviti Sempena Cuti Sekolah

Jyvea dan rakannya Amber Victoria Lim, dengan sokongan guru sekolah mereka, Yun Yi Ha, berjaya menaik taraf sistem perangkap ular mereka dan mempamerkan prototaip di Persidangan OPITO. 

DIBANTU OPITO, ORGANISASI TENAGA GLOBAL

OPITO yang merupakan sebuah organisasi yang menawarkan kemahiran dan keselamatan untuk industri tenaga global, telah mengadakan persidangan di Kuala Lumpur pada 9 dan 10 November 2022 dengan tema Transformation, Transition and Digital Acceleration

Peranti yang dapat meringankan beban pekerja di hospital, inovasi rumah pintar, sistem penghantaran berpusat yang dapat mengurangkan pencemaran, dan juga alat rehabilitasi tangan merupakan ciptaan-ciptaan yang dipamerkan di persidangan tersebut.

PELBAGAI INOVASI HEBAT DARI SELURUH MALAYSIA

Pelajar dari SJK(C) Jalan Davidson Hang Jebat, Heng Wey Kye bangga dengan ciptaan pasukannya, Arm Rehabilitation Fun Robot. Ciptaan tersebut berupaya untuk dijadikan sebagai alat pemulihan untuk pesakit sebagai alternatif yang lebih menarik dan seronok. 

Rekaan Heng dan pasukan telah dipilih sebagai “crowd favourite” dalam kategori sekolah rendah manakala pasukan daripada SMK Tropicana dipilih sebagai “crowd favourite” untuk kategori sekolah menengah untuk prototaip Automated Medicine Dispense System untuk kegunaan hospital dan farmasi. 

Baca juga : Suntik Semangat Patriotik, Ini 7 Aktiviti Sempena Hari Merdeka Untuk Anak

Pasukan dari SMK Taman Bunga Raya 1, Rawang membentangkan reka bentuk prototaip untuk Pengesan Kebakaran berasaskan IOT, untuk mengesan lonjakan suhu bagi mengelakkan kebocoran gas.

Kesemua 10 pasukan menerima Pasport STEM Petrosains sebanyak RM1,300 untuk tambang pengangkutan serta kemasukan percuma ke Petrosains, sah selama setahun.

PETROSAINS PLAYSMART, PUSAT INOVASI PENDIDIKAN STEM

Petrosains PlaySmart merupakan pusat satelit sebagai landasan sosial impak dalam teras pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) untuk menyediakan pengalaman pusat sains kepada masyarakat di luar Lembah Klang. 

Pusat Petrosains PlaySmart, dilengkapi dengan pameran interaktif dan menawarkan aktiviti dan program STEM, seiring dengan pusat utama Petrosains di Suria KLCC. Ketika ini, Petrosains PlaySmart boleh didapati di empat lokasi iaitu di Kuching, Johor Bahru, Kuantan dan Kota Kinabalu. 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×