Kini Trending

Petrosains Sambut Ulang Tahun Ke-25 dengan Karnival 3 Hari, Pelbagai Aktiviti Berteras Sains & Teknologi

24
SHARES

Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Petronas, Petrosains The Discovery Centre menjadi wadah tanggungjawab sosial PETRONAS dalam memupuk minat terhadap STEM – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Selama dua setengah dekad, Petrosains memanfaatkan lebih 26 juta individu melalui platform pembelajaran dan pembangunan kendiri.

KARNIVAL ISTIMEWA SELAMA 3 HARI

Karnival ulang tahun ke-25 Petrosains dianjurkan untuk meraikan pengunjung  dan komuniti yang menyokong mereka membudayakan STEM sejak pembukaan rasmi Petrosains pada 25 March 1999. Karnival ini diraikan di Petrosains, The Discovery Centre dan keempat-empat pusat PlaySmart di Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan dan Johor Bharu.

BEROPERASI SAMPAI MALAM BUAT KALI PERTAMA

Antara aktiviti menarik pada 2 – 3 Mac 2024 sempena ulangtahun jubli perak Petrosains

Salah satu aktiviti kemuncak karnival di Petrosains, The Discovery Centre (Suria KLCC) adalah sesi “Night At The Discovery Centre” yang dimeriahkan dengan aktiviti menarik seperti pertunjukan drum LED dan persembahan artis oleh Insomniacks pada 1 Mac, Neeta dan COEX pada 2 & 3 Mac 2024.

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seni dan kraf secara percuma selama tempoh karnival ini berlangsung

Istimewanya, waktu operasi dilanjutkan sehingga 10 malam berbanding waktu tutup biasa, 6.30 petang (sempena cuti sekolah). Bagi sesi “Night At The Discovery Centre” ini, 50 pengunjung bertuah yang berpakaian kostum sains terbaik akan memenangi hadiah istimewa. Pembelian tiket “Night At The Discovery Centre” boleh dibeli di website Petrosains.

Baca juga : Anak Confirm Suka, Ini 5 Lokasi Aktiviti Cuti Sekolah Di Sekitar Putrajaya!

LEBIH 300 PAMERAN, IMERSIF & INTERAKTIF

Terdapat pelbagai galeri bertema di Petrosains, The Discovery Centre (Suria KLCC). Antaranya SPACE, yang membawa pengunjung menerokai dunia astronomi; Paleo to Petroleum, yang pamer informasi mengenai kehidupan Bumi zaman prasejarah; Sparkz, yang memperkenal konsep asas secara praktikal.

Sparkz mempamerkan pameran konsep sains secara praktikal

Pameran-pameran lain merangkumi Platform, yang menawar pengalaman realistik di pelantar minyak; Molecule Nano World, menerangkan prinsip kimia dan petrokimia, dan SPEED! yang baru dinaiktaraf pada Januari 2024 menampilkan replika Mercedes AMG PETRONAS F1 W13 yang dipandu George Russell pada tahun 2022.

Replika Mercedes-AMG PETRONAS F1 W13

Petrosains juga menampilkan Energy Capsule, iaitu sebuah perjalanan autonomi yang menceritakan keperluan revolusi teknologi dan cabaran-cabaran masa depan, disamping Sustainability Gallery; yang mendidik pengunjung kepada kelestarian alam.

Baca juga : Anak Mesti Tak Nak Balik! Ini 6 Lokasi Padat Dengan Aktiviti Sempena Cuti Sekolah

SENARAI AKTIVITI PLAYSMART DI JOHOR BHARU, KUANTAN, KOTA KINABALU DAN KUCHING

Senarai aktiviti di PlaySmart Kuching dan Kota Kinabalu. Kemasukan ke PlaySmart adalah percuma.

Senarai aktiviti PlaySmart di Kuantan & Johor Bharu dari 1 – 3 Mac 2024

HARGA TIKET KEMASUKAN

Petrosains, The Discovery Centre (Suria KLCC)

  • Dewasa (RM25), kanak-kanak & warga emas (RM12). Klik sini untuk pembelian.

Pusat PlaySmart Petrosains (Kota Kinabalu, Kuching, Kuantan & Johor Bharu)

  • Kemasukan adalah percuma. Info lanjut di sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×