gaya hidup

Kempen “Golden Ticket” Suria KLCC Kembali, Tawar Baucar RM5000 buat Pelanggan!

golden tix klcc

Bermula dari 2 Jun sehingga 25 Jun 2023, Suria KLCC kembali dengan Kempen The Golden Ticket yang menawarkan ganjaran yang lebih besar dan lebih menarik. Kempen The Golden Ticket kini muncul untuk kali yang keempat selepas mendapat sambutan hebat sejak diperkenalkan kepada pengunjung pada tahun 2020.

winner golden ticket

Acara tebusan The Golden Ticket berlangsung di Centre Court, Suria KLCC yang mana 100 kotak misteri disediakan untuk aktiviti cabutan bertuah buat para pelanggan. Setiap kotak mengandungi sekeping Golden Ticket yang bernilai RM5,000 atau sekeping Purple Ticket yang bernilai RM50.

Baca juga : Anak Mesti Tak Nak Balik! Ini 6 Lokasi Padat Dengan Aktiviti Sempena Cuti Sekolah

golden tix

Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ini dan dapat menikmati ganjaran melalui tebusan e-Baucar yang dimenangi!

the golden tix

Satu sesi cabutan bertuah untuk setiap hari minggu diadakan di antara jam 12 tengahari sehingga jam 8 malam, manakala dua sesi cabutan bertuah akan diadakan untuk setiap hujung minggu yang mana sesi pertama akan diadakan di antara jam 10 pagi sehingga jam 2 petang dan sesi kedua di antara jam 5 petang sehingga jam 9 malam.

100 keping tiket akan ditambah pada setiap sesi manakala lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya.

Baca juga : Wajib Cuba Makanan Cina ‘Muslim-Friendly’ Di Suria KLCC, Rasa Memang Tak Dapat Tempat Lain!

suria klcc golden ticket

Tidak kurang dengan ganjaran tebusan tiket, 50 orang pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang untuk menyertai Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun 2023. Majlis sambutan ini akan dilengkapi dengan jamuan koktel yang akan menghidangkan pelbagai juadah ‘canapés’ dengan penampilan DJ yang akan membuat persembahan secara langsung.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suriaklcc.com.my atau facebook/SuriaKLCCMall

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×