Inspirasi

Pasangan Jepun Cuba Buat Kari Guna Resepi Sugu Pavitra, Sampai Cari Daun Pisang!

77
SHARES

Hanya dengan menggunakan telefon bimbit atau smartphone sahaja untuk merakam video-videonya di YouTube, nama Sugu Pavithra semakin mendapat perhatian orang ramai dari seluruh negara. Tontonan perkongsian resepi olehnya yang mencecah ratusan ribu itu menjadikan Pavitra antara Youtuber yang semakin dikenali.

Terbaru, pasangan vlogger dari Jepun pula iaitu iChang RM telah memuat naik satu video mereka memasak kari ayam mengikut cara Pavitra pada pertengahan bulan lalu dan sehingga kini sudah mendapat lebih 200,000 ribu tontonan!

NAK CUBA RESEPI KARI GUNA RESEPI DARI SUGU PAVITRA

Menjadi viral di laman media sosial semalam apabila terdapat perkongsian video di YouTube dimana mereka mencuba resepi kari ayam seperti yang dimasak oleh Sugu Pavitra. Pasangan Jepun yang sekarang berada di Hong Kong tersebut mencuba resepi tersebut dari A-Z dan cara penyediaan mereka sangat menarik dimana mereka menonton video Pavitra sambil memasak.

Apa yang menarik sekali adalah mereka menggunakan cara ‘translating’ menggunakan Google Translate untuk memahami satu persatu cara yang diterangkan oleh Sugu Pavitra. Sampai cari daun pisang pun ada!

BUAT REMPAH KARI SENDIRI

Sudah semestinya bila nak masak kari, mestilah kena ada serbuk rempah kari kan? Disebabkan mempunyai halangan untuk mencari rempah kari yang sama digunakan oleh Sugu Pavitra, pasangan ini tekad untuk membuat sendiri rempah kari tersebut dan hasilnya memang menjadi!

SIAP LETAK ATAS DAUN PISANG, MAKAN INDIAN STYLE

Memang macam cara tradisional! Pasangan Jepun ini juga turut makan menggunakan daun pisang dimana nasi dan kari diletakkan di atas. Memang berselera betul makan.

Sumber: iChang RM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×