Rakyat

Borang Permohonan BR1M 2016 Online di ebr1m.hasil.gov.my. Buat Semakan Juga!

12
SHARES
Borang Permohonan BR1M 2015 Online di ebr1m.hasil.gov.my. Buat Semakan Juga!

Borang Permohonan BR1M 2016 Online

NOTA: Sila ambil tindakan segera. Permohonan baru / kemaskini BRIM 2016 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang bermula 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. Jangan bertangguh lagi.

Sila layari: https://ebr1m.hasil.gov.my/login_3.aspx

Permohonan BRIM 2016

 

 

 

 

Outdated!

Di bawah ini ialah info yang tidak lagi relevan untuk BRIM 2016. Harap maklum.

A) Terkini 1 Disember 2014:

Kerajaan telah memaklumkan bahawa kemaskini BR1M bermula pada hari ini, 1 Disember 2014. Namun, rata-rata mengadu sukar untuk masuk ke laman LHDN kerana terlalu ramai pengguna ingin mengakses laman tersebut. Ini menyebabkan ‘server overload‘ dan tiada apa-apa yang dipaparkan.

Untuk memudahkan orang ramai yang ingin buat permohonan baru, boleh ke pautan ini https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx. Sila baca tentang cara kemaskini BRIM 2015 yang akan ditulis apabila kami berjaya akses laman e-BR1M ini.

 

B) Terkini 17 November 2014:

lhdn-br1m-2015-talian-hotline

Nampaknya, pautan masih lagi belum berfungsi. Apabila cuba klik https://ebr1m.hasil.gov.my/login_2.aspx, tiada apa-apa yang berlaku.

Menurut laman tersebut, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian atau secara manual mulai 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014.

brim-2015-br1m-2015-e-br1m-2015-e-brim-2015

 

 

C) Terkini 19 Oktober 2014:

Borang permohonan masih lagi belum dibuka. Masih lagi tiada ‘button’ untuk Permohonan Baru dan ruang untuk masukkan nombor MyKad.

ebr1m-ebrim-hasil-gov-my-2015

Panduan untuk semakan status permohonan BR1M di sini.

 

i-BR1M

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah / keluarga. i-BR1M  bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal  akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan  oleh konsortium pengendali Takaful. Maklumat lanjut seperti gambar di bawah:

i-br1m-ibrim-2015

Manual pengguna i-BR1M di sini.

Download borang i-BR1M di sini.

 

D) Terkini 10 Oktober 2014:

Untuk BRIM 2015 dalam Bajet 2015 kali ini:

Untuk maklumat lanjut dan intipati Bajet 2015, termasuk kadar kenaikan BRIM 2015, boleh lihat entri kami tentang Bajet 2015 Golongan Pertengahan di sini.

Gaji RM3,000 ke bawah

Untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, pemberian akan ditingkatkan dari RM650 kepada RM950. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.

Gaji RM3,000 – RM4,000

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015.

Orang Bujang

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekaligus mulai awal tahun 2015.

 

E) Terkini 7 Oktober 2014:

Borang permohonan BR1M 2015 yang boleh diisi secara online belum dilancarkan lagi. Untuk maklumat terbaru dan terkini tentang borang, panduan, semakan status, keputusan dan kemaskini tentang BRIM 2015, sila ke sini.

Untuk pengetahuan,  permohonon BR1M 2014 telah ditutup. Namun, itu tidak bermakna tidak boleh mohon lagi. Ramai yang sudah mencuba, tetapi tidak layak.

Entri ini akan memberikan panduan tentang perkara-perkara berikut:

1)Panduan Permohonan dan Pendaftaran BR1M 2014

 Layari http://ebr1m.hasil.gov.my seperti di bawah:

permohonan-panduan-ebr1m-hasil-gov-my-semakan-status-01

permohonan-panduan-ebr1m-hasil-gov-my-semakan-status-02

permohonan-panduan-ebr1m-hasil-gov-my-semakan-status-03

permohonan-panduan-ebr1m-hasil-gov-my-semakan-status-04

permohonan-panduan-ebr1m-hasil-gov-my-semakan-status-05

 

 2) Semakan Status BR1M 2014

Pastikan anda masih simpan butir-butir sebelum ini. Layari https://ebr1m.hasil.gov.my/Login.aspx dan masukkan ID Pengguna berserta Kata Laluan yang betul.

Semakan Status Kemaskini BR1M 2014

Semakan Status Kemaskini BR1M 2014

 

Sumber: https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/Panduan%20Sistem%20Dalam%20Talian.pdf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×