Rakyat

Mana Borang BRIM 2015 Online? Bila Boleh Buat Semakan Status & Keputusan?

444
reads
Mana Borang BRIM 2015 Online? Bila Boleh Buat Semakan Status & Keputusan?

BRIM 2015

 

A) Terkini 19 Oktober 2014:

Borang permohonan masih lagi belum dibuka. Masih lagi tiada ‘button’ untuk Permohonan Baru dan ruang untuk masukkan nombor MyKad.

ebr1m-ebrim-hasil-gov-my-2015

Panduan untuk semakan status permohonan BR1M di sini.

 

i-BR1M

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah / keluarga. i-BR1M  bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal  akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan  oleh konsortium pengendali Takaful. Maklumat lanjut seperti gambar di bawah:

i-br1m-ibrim-2015

Manual pengguna i-BR1M di sini.

Download borang i-BR1M di sini.

 

B) Terkini 10 Oktober 2014:

Untuk BRIM 2015 dalam Bajet 2015 kali ini:

Untuk maklumat lanjut dan intipati Bajet 2015, termasuk kadar kenaikan BRIM 2015, boleh lihat entri kami tentang Bajet 2015 Golongan Pertengahan di sini.

Gaji RM3,000 ke bawah

Untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, pemberian akan ditingkatkan dari RM650 kepada RM950. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.

Gaji RM3,000 – RM4,000

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015.

Orang Bujang

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekaligus mulai awal tahun 2015.

Permohonan & Daftar BRIM 2015

Ekoran kenaikan harga minyak pada 1 Oktober 2014 yang lalu, ramai yang tercari-cari maklumat tentang permohonan BRIM 2015. Ramai juga ke sini untuk info BRIM 2014 yang lalu. Masih belum pasti apa pendirian kerajaan tentang BRIM 2015 yang akan datang ini. Pada 10 September yang lalu, Barisan Nasional Backbencher (BNBBC) mengatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sukacitanya mengumumkan kenaikan tambahan RM300 lagi bayaran BR1M tahun depan. Boleh baca berita itu di sini.

Datuk Seri Najib berkata, “Yakinlah saya tidak akan menyusahkan rakyat. Ini kerana kerajaan berdiri di atas sokongan rakyat”. Malah beliau menganggap ini adalah satu langkah ke depan yang paling besar yang dilakukan oleh kerajaan sejak Merdeka.

Laman web Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dari LHDN Malaysia masih menunjukkan maklumat lama untuk BR1M 2014. Boleh lihat di sini. Kami rakyat Malaysia golongan pertengahan masih ternanti-nanti kemaskini terbaru.

 

Mana ‘link’ untuk borang BRIM online?

Sila ke sini: https://ebr1m.hasil.gov.my/

Pautan di atas adalah pautan lama untuk BRIM 2014. Kami tidak pasti samada pautan ini akan digunakan untuk BRIM 2015. Kami akan kemaskini apabila kerajaan umumkan di media.

Adakah saya layak dapat BRIM 2015?

Mengikut LHDN, syarat kelayakan permohonan BR1M ialah:

(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Apa dokumen yang diperlukan?

(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
• Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
• Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

**NOTA

1. PERMOHONAN BARU – Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.
2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 – Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Kemas Kini Permohonan BR1M 2.0 hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran. Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Bagaimana kalau saya tidak pandai guna Internet?

Untuk permohonan BRIM, boleh juga hubungi nombor ini: 1-800-88-2716. Untuk insuran BRIM (i-BR1M), sila hubungi nombor tertera: 03-2716 2716

Semoga bermanfaat!

Carian Yang Berkaitan:

  • brim
  • BRim 2015 bila dapat
  • brim 2015 naik
  • br1m untuk bujang
  • brim 2015 bujang
  • brim 15
  • brim15
  • semakan brim 2015
  • br1m 2015 bujang
  • brim 1 malaysia 2015
48 Comments

48 Comments

  1. Chan Hing Chen

    October 11, 2014 at 11:54 am

    Tuan,
    I have been a recepient since it commenced in 2012. I got BRIM twice from the assigned schools after I’ve registered with BRIM from the very beginning. Since I didn’t put in my bank account which is HSBC Account 302- 2696-001 when I filled in the form in 2012. As a result I have not received BRIM 3 which is being given this year the RM650. Can you please look into this matter for me and ensure for the coming 2015 BRIM.

    Ribuan Terima Kasih. Sorry for writing in English.

    Chan Hing Chen

  2. LOO SWEE SING

    October 11, 2014 at 12:26 pm

    Saya bernama diatas bahawa BRIM3 saya tidak menerima RM650.sila semakan Dan hantar ke email saya.sekian terima kasih.

  3. mohd faizul ali

    October 12, 2014 at 3:16 pm

    Saya tsk pernah mohon brim.saya nak mohon.gaji bawsh 4000rm.macam mana

  4. Evon

    October 12, 2014 at 3:37 pm

    Hi, boleh ke saya tahu kalau saya tak pernah memohon BRIM, jadi saya masih layak/boleh pohon untuk BRIM 4.0 2015? Sila hantar sebarang maklumat ke email saya. Sekian terima kasih.

  5. Caroline Mathews

    October 13, 2014 at 10:03 am

    selamat pagi,

    saya iingin bertanya, saya adalah penerima BR1M. Soalan saya di sini adakah penerima brim 2015 perlu mengisi semula borang pemohonan tersebut?

  6. Tina

    October 13, 2014 at 3:00 pm

    Saya pernah menerima Brim 01 & 02 atas tiket status isteri 1
    namun saya tidak menerima Brim 03, 3 orang anak saya masih belajar di IPTA. Apa harus saya lakukan…

  7. seulis bin selamat

    October 13, 2014 at 7:40 pm

    terima kasih PM

  8. tan heng khoie

    October 15, 2014 at 6:47 pm

    Tuan/Puan saya persara tahun kedua,tahun lepas saya gagal terima brim3.0,tahun ini saya ingin cuba lagi,bagaimana?

  9. chung ooi peng

    October 16, 2014 at 8:46 am

    A-17-1 Block A, Desa Sri Puteri,
    No. 6 Jalan 1/125G,

  10. chung ooi peng

    October 16, 2014 at 8:49 am

    Saya buat pertama kali untuk permohonan BRIM, masih boleh mohon utk BRIM 2014.

  11. gan ah mai

    October 17, 2014 at 12:56 pm

    saya brim tahun lepas saya tak lulus,tak tahu kenapa,tapi saya ada telefon tanya,mereka beritahu gaji saya lebil RM4000,tapi gaji saya sudah tolak KWSP & sosso baru RM2900,sedih sangat……saya nampak banyak orang kaya pun dapat,tapi kami miskin punnya tak dapat.tahun ini saya ingin cuba lagi,bagaimana……

  12. CeritaMama

    October 19, 2014 at 10:25 pm

    Thank you for sharing.. good info & support.

  13. zakaria isa

    October 20, 2014 at 8:03 pm

    Assalam? Sy baru berkahwin mcm mana nk tukar bujang ke kahwin

  14. eihafasz

    November 4, 2014 at 3:41 pm

    Saya bru berkahwin.. sebelum ini suami saya dpt brim yg bujang.. tp sempat lg x nak tukar status dan bagaimana caranya.?

  15. mogana sunthari

    November 10, 2014 at 1:14 pm

    Saya nak buat pertama kali ini untuk buat permohanan Brim,2015 until bujang masih boleh mohan untuk BRIM, 2015…sekian terimah kasih…..

  16. Ruby

    November 20, 2014 at 2:32 pm

    saya memang x puas hati dgn brim last year, semua kwn saya yang gaji 5 k dan 6 k dapat brim, saya yg 2k pun x dapat, ini adal kenyataan yag benar bukan tipu, kebanyakan saya tanya semua happy kata dapat, first time apply diorg dah dapat, org kerajaan ni x buat kerja ke atau buta mata, atau buat kerja main2, sorry saya bukan nak kurang ajar kat sini, tapi ini memang x betul, kepada kami yang betul2 memerlukan bantuan x dapat, yang x sepatutnya dapat pulak, ini ke 1 malaysia yang adil,

  17. tong see fong

    November 25, 2014 at 3:49 pm

    Macam mana nak kemaskinikan brim 2015

  18. Kavitha

    November 27, 2014 at 12:05 pm

    Selamat Pagi,
    Adik saya [bujang ] telah terima BRIM sebelum ini. Tetapi sekarang telah meninggal dunia. Bagaimana emak saya boleh buat tuntutan kematian adik saya.

    Terima kasih.

  19. Bama A/P Adaikalam

    November 27, 2014 at 4:54 pm

    Salam sejatera . thn 2014 saya x dapat kerana gaji sekeluarga +4000
    Tahun 2014 oct ini saya perhenti kerja , gaji sekeluarga sekarang-3000
    saya kene apply form baru ka?
    atau update on line shj

  20. Lawrence Loh

    December 1, 2014 at 4:14 pm

    I went to ebr1m hasil.gov.my and got the kemaskini borang but cannot fill in for there is no response when the mouse was click in the column to be filled. How to submit by e portal or email.

  21. nor

    December 3, 2014 at 4:27 pm

    saya nak tanya , kalau belum ada akaun bank boleh isi borang ke ?? maksud saya , bahagian A kita isi tapi tu bahagian akaun bank kita kosongkan and then terus hantar . boleh ke ??

  22. jeffry bin dan

    December 3, 2014 at 9:56 pm

    bagai mana saya boleh mendapat kan semula maklumat pemohonan br1m yang pernah saya daftar

  23. zamilah binti embong

    January 21, 2015 at 11:18 pm

    Nak tahu keputusan brim

  24. sharinee

    February 4, 2015 at 12:27 am

    Saya pn xdpt br1m lg.x msk2 smpai kesudah. thn lps dpt voucher buku, motif? Saya bljr parttime je buku dha beli b4 br1m buka pemohonan lg.hmmmm

  25. soo ling tsuey

    February 23, 2015 at 3:55 pm

    i only had monthly income rm1500. am i alow to have rm950.

  26. rubani

    April 6, 2015 at 10:57 am

    saya bolem dapat ?

  27. syahrul

    June 30, 2015 at 7:41 pm

    salam sy mgidap pid-saraf akibt kemalangan ditempat kerja.ketika bkerja.ker
    adakah saya layak menerima insuran brim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top