Rakyat

Intipati Bajet 2015 Untuk Golongan Pertengahan (Middle Class). BRIM? PRIMA? GST?

Intipati Bajet 2015 Untuk Golongan Pertengahan (Middle Class)

A) Bajet 2015 Golongan Pertengahan atau ‘Middle Class’

Kebiasaannya, golongan pertengahan atau ‘middle class’ yang tertunggu-tunggu laporan bajet setiap tahun. Ini kerana golongan pertengahan sentiasa terhimpit dengan kenaikan harga barang. Mereka bukan terlalu miskin, sehingga dapat bantuan setiap kali bajet dibentangkan. Dan mereka pula bukan golongan kaya yang tidak hirau tentang apa sekalipun bajet yang dibentangkan oleh kerajaan.

Mari kita lihat bagaimana Bajet 2015 memberi impak dan kesan pada ‘middle class’.

Barangan tidak dikenakan cukai GST

Barangan berikut adalah tambahan dari Bajet 2014

  • Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport
  • Roti putih dan roti wholemeal
  • Serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko
  • Mi kuning, kue tiau, laksa dan bihun
  • Ubat-ubatan Penting Nasional yang meliputi hampir 2,900 jenama ubat. Ubat-ubatan ini adalah bagi kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan
  • Bahan bacaan seperti buku mewarna kanak-kanak, buku latihan dan rujukan, buku teks, kamus dan kitab agama
  • Surat khabar

GST akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015. Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya sebanyak 6% berbanding dengan kadar cukaijualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar 6 peratus.

Berikut ialah senarai barang yang tidak dikenakan GST yang dibentangkan dalam Bajet 2014

  • GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekali pun belacan
  • Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik tidak dikenakan GST
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah, tidak dikenakan GST
  • Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan dari GST
  • Jual beli dan sewaan rumah kediaman sertap erkhidmatan kewangan yang terpilih juga dikecualikan dari GST

Ulasan: Memang patut barangan di atas tidak dikenakan GST. Memang zalim kalau kena GST sebab ia memang makanan harian. Daripada miskin sampai kaya, semua guna dan pakai barang yang sama.

 

Cukai LHDN

Kerajaan mengurangkan beban cukai kepada rakyat dan individu seperti berikut:

Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga 3%. Melalui langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai.

Manakala, golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

Cukai pendapatan individu juga akan distruktur semula di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.

Kadar cukai maksimum yang kini 26% pula, dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%. Oleh itu, pembayar cukai akan menikmati penjimatan bayaran cukai sekurang- kurangnya sebanyak 5.3%.

Ulasan: Golongan pertengahan, gajinya bukan banyak mana. Apa kata kalau kerajaan mansuhkan terus cukai untuk orang biasa-biasa. Rasa macam menindas. Apa kata kenakan cukai pada orang kaya sahaja? Atau syarikat-syarikat besar sahaja?

 

Minyak RON95, Diesel dan LPG

Rentetan dari harga minyak naik pada 1 Oktober yang lalu, RON95 tidak akan dikenakan GST. Untuk mempastikan yang pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat, penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST. Melalui langkah ini, pengguna dan kumpulan sasaran yang berkenaan tidak perlu membayar GST bagi pembelian petrol RON95, diesel dan LPG.

Ulasan: Kalau RON95 kena GST, rakyat pasti akan mengamuk!

 

Bil Elektrik dari Tenaga Nasional (TNB)

Menaikkan kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama. Bukan harga naik, tetapi kadar penggunaan. Boleh lihat bil terkini untuk lihat bagaiman setiap blok unit elektrik dikenakan caj yang berlainan.

Ini bermakna, sebanyak 70 peratus isi rumah akan mendapat manfaat langsung.

Pemilikan Rumah

Untuk menangani isu pemilikan rumah dengan harga yang berpatutan, pelbagai projek dan program akan terus dilaksanakan, antaranya:

  • Membina 80 ribu unit rumah PR1MA dengan peruntukan sebanyak 1.3 bilion ringgit. Had kelayakan pendapatan isi rumah juga dinaikkan daripada 8 ribu ringgit kepada 10 ribu ringgit. Selain itu, Skim Pembiayaan Sewa-beli atau rent-to-own akan diperkenalkan kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank;
  • Membina 26 ribu unit rumah Program Perumahan Rakyat oleh Jabatan Perumahan Negara dengan peruntukan sebanyak 644 juta ringgit; dan
  • Membina 12 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dan 5 ribu unit Rumah Idaman Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Di samping itu, SPNB juga akan membina 20 ribu unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Untuk BRIM 2015 dalam Bajet 2015 kali ini:

Gaji RM3,000 ke bawah

Untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, pemberian akan ditingkatkan dari RM650 kepada RM950. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.

Gaji RM3,000 – RM4,000

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015.

Orang Bujang

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekaligus mulai awal tahun 2015.

Sila lawati entri kami tentang BRIM 2015 yang mengandungi cara permohonan, borang online, semakan keputusan dan rayuan.

B) Bajet 2015 Untuk Penjawat Awam

Kenaikan Gaji

Semakan kenaikan gaji bagi anggota pentadbiran dikaji serta ditangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian.

Bonus Penjawat Awam

Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500. Pemberian bonus ini akan dibayar pada bulan Januari 2015. Kepada pesara Kerajaan pula, bayaran bantuan khas diberi sebanyak RM250.

C) Info Tambahan

Pusat Percetakan Al-Quran di Putrajaya

Kerajaan akan embina Pusat Percetakan Al- Quran di Putrajaya, yakni kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi. Pusat ini atas inisiatif Kerajaan, bersama Yayasan Restu, dijangka dapat mencetak sehingga sejuta naskhah Al-Quran setahun untuk diedarkan ke seluruh dunia.

Selain itu, Pusat ini juga akan menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan 30 juta ringgit bagi tempoh tiga tahun.

Skim Khairat Kematian

Kerajaan akan menggantikan insurans takaful berkelompok atau i-BR1M yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian. Skim ini akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan 1,000 ringgit yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Elaun Ahli Dewan Rakyat & Ahli Dewan Negara

  • Ahli Dewan Rakyat elaunnya dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C bersesuaian dengan peranan kepimpinan mereka
  • Ahli Dewan Negara elaunnya dinaikkan daripada bersamaan Gred 48 kepada bersamaan antara Gred 54 dan Jusa C.

Dapatkan intipati penuh dari Berita Harian di sini. Untuk teks ucapan Bajet 2015, dapatkan dari Treasury di sini.

Semoga bermanfaat!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×