Euforia Bola 2026
Inspirasi

Dulu Suka Buat ‘Konsert’ Dalam Bilik Air, Kini Nur Khayla Raih Top 5 Pentas Little Star Dengan 55,250 Undian!

SUKA MENYANYI

Suka menyanyi sejak kecil menjadi titik permulaan buat Nur Khayla Azzahra Binti Muhamad Safwan, 12, mengembangkan bakatnya dalam bidang muzik hingga berjaya mencipta pelbagai pencapaian pada usia muda.

Minatnya itu membawanya ke pentas Pentas Little Star apabila dia berjaya menempatkan diri dalam kelompok Top 5 dengan mengumpul sebanyak 55,250 undian.

Baca juga: “Terima Kasih Beri Peluang”- Orang Awam Kini Boleh Ziarah Pusara Tun Dr Hasmah, Ini Waktu Yang Ditetapkan

SUKA MENYANYI SEJAK 4 TAHUN, NUR KHAYLA TOP 5 PENTAS LITTLE STAR

SUKA MENYANYI

Lebih membanggakan, Nur Khayla turut mempunyai pengalaman dalam beberapa pertandingan nyanyian termasuk menjadi finalis Kids Got Talent Malaysia 2026, menerima pengiktirafan The Most Potential Vocalist KGT 2026 serta Johan Genta Suara KBB 2026.

Menurut ibunya, Kartini Binti Ibrahim, 44, dan bapa, Muhamad Safwan Bin Puteh @ Shaari, 44, minat Khayla terhadap nyanyian mula jelas ketika anak mereka berusia lapan tahun.

“Kami mula nampak minat Khayla terhadap nyanyian sejak dia berumur lapan tahun. Dia memang suka menyanyi dan akan menyanyi ketika bermain dan mandi. Kadang-kadang kami perasan dia boleh menghafal lirik lagu dengan cepat dan suka mengulang lagu yang dia minat,” ujarnya.

Menurut Kartini dan Muhamad Safwan, Khayla pernah menyertai pertandingan nyanyian di sekolah tanpa pengetahuan mereka dan membuat persediaan sendiri, termasuk berlatih serta menghafal lirik lagu.

“Paling terkejut apabila dia sendiri masuk pertandingan nyanyian di sekolah. Dia berlatih sendiri dan hafal lirik sendiri tanpa pengetahuan kami. Itulah permulaan kami tahu bakat dan minat Khayla dalam bidang nyanyian,” jelasnya.

SUKA MENYANYI

Sepanjang menyertai Pentas Little Star, ibu bapanya turut melihat perkembangan Khayla dari sudut keyakinan diri dan keberanian.

Malah, mereka kagum apabila Khayla berusaha mempromosikan dirinya sendiri menerusi media sosial bagi mendapatkan sokongan orang ramai sepanjang tempoh undian.

Menariknya, karakter Khayla di luar pentas dikatakan berbeza daripada ketika dia membuat persembahan. Di rumah, Khayla lebih ceria, suka bergurau dan banyak bercakap apabila sudah selesa dengan seseorang. Namun, apabila berada di atas pentas dan muzik dimainkan, dia berubah menjadi lebih yakin serta berani.

Masuk Pentas Little Star ibarat peluang

Bagi Khayla pula, peluang menyertai Pentas Little Star merupakan ruang untuk berkongsi minatnya kepada orang ramai selain mencuba pengalaman baharu.

Dia mengakui sangat gembira apabila mengetahui dirinya terpilih, malah pada awalnya tidak menyangka akan mendapat peluang tersebut kerana menghantar video penyertaan pada saat akhir.

“Saya sangat gembira dan teruja! Mula-mula saya macam tak percaya sebab saya dapat peluang untuk sertai pertandingan ini sebab saya hantar video pun dah saat akhir penyertaan. Saya juga rasa berdebar sebab saya tahu ramai lagi peserta yang hebat,” luah Khayla.

Selepas Pentas Little Star, Khayla berharap dapat terus menyanyi sambil mempelajari lebih banyak teknik vokal, kawalan suara dan persembahan pentas.

SUKA MENYANYI

Dalam pada itu, ibu bapanya berharap Khayla dapat meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian tanpa mengabaikan pelajaran.

Mereka juga tidak mahu menentukan masa depan anak secara paksa, sebaliknya mahu Khayla memilih laluan yang benar-benar diminatinya.

Malah, Khayla menyimpan impian untuk menjadi seorang pensyarah muzik pada masa hadapan. Baginya, kejayaan dalam bidang nyanyian kelak bukan hanya tentang populariti, tetapi juga tentang membalas kepercayaan dan sokongan ibu bapanya.

“Kalau satu hari nanti saya berjaya menjadi seorang penyanyi yang terkenal, saya nak ibu dan abah tahu yang mereka adalah antara orang yang selalu percaya pada saya dan membantu saya mengejar impian saya,” katanya.

Baca juga: 2 Tahun Berturut-Turut Menyanyi Di Majlis Diraja Kelantan, Naufa Nur Azween Raih Top 5 ‘Pentas Little Star’!

Sumber: Pentas Little Star & TikTok Nur Khayla Official

AMARAN: ARTIKEL INI MERUPAKAN TEMU RAMAH EKSKLUSIF SIRAP LIMAU DENGAN PIHAK TERBABIT. JADI, ANDA TIDAK DIBENARKAN MENYIAR ARTIKEL INI DI LAMAN WEBSITE YANG LAIN TANPA PEMBERIAN KREDIT YANG TEPAT.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×