Euforia Bola 2026
Didik

[VIDEO] Permata Seni Koir Cipta Kejutan Di Jerman, Raih Juara Keseluruhan Dengan 29/30 Mata!

permata seni koir

Bukan sekadar pulang membawa pengalaman, sekumpulan anak muda Malaysia mencipta kejutan besar apabila Permata Seni Koir (PSK) muncul sebagai juara keseluruhan 3rd Internationales Chorfest di Magdeburg, Jerman.

Baca juga: 3 Beradik Pernah Dihalau & Dihina Mak Saudara Selepas Ibu Meninggal, Kini Abang Sulung Bergelar Leftenan Muda!

PERMATA SENI KOIR JUARA KESELURUHAN 3RD INTERNATIONALES CHORFEST DI JERMAN

permata seni koir

Gambar Buletin TV3: Kepulangan kumpulan Permata Seni Koir disambut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek di KLIA 1, pagi tadi.

Lebih membanggakan, PSK mengumpul 29 daripada 30 mata untuk mengatasi kumpulan lain dalam pertandingan yang berlangsung dari 16 hingga 20 September lalu.

Menariknya, persiapan kumpulan koir itu hanya bermula pada April dengan sesi latihan dua kali seminggu, masing-masing selama dua jam setengah.

Baca juga: Usia Dah 102 Tahun, Tok Saimah Masih Solat Berdiri! Gemar Menu Rebus & Bebas Penyakit Kronik

Tak sangka markah paling tinggi

Ketua Bidang PSK merangkap konduktor koir, Datuk Syafinaz Selamat berkata, kejayaan berkenaan sememangnya di luar jangkaan kerana mereka tidak meletakkan sasaran untuk muncul sebagai juara keseluruhan.

Malah, kumpulan itu perlu bersaing dengan peserta yang terdiri daripada individu lebih berusia serta mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan.

“Memang kami tidak menjangka menang. Apabila diumumkan markah kami paling tinggi dalam pertandingan itu, iaitu 29 daripada 30, kami berasa macam tidak percaya.

“Anak-anak semua dah menangis. Saya sangat gembira dan berbangga dengan anak-anak ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

Bagi memastikan setiap ahli benar-benar bersedia, latihan bukan hanya tertumpu kepada nyanyian. Menurut Syafinaz, persiapan turut merangkumi kelas teori muzik serta kaedah nyanyi langsung bagi memperkukuh asas dan kemahiran muzik mereka.

Tempoh latihan yang singkat itu turut mengejutkan pihak penganjur selepas melihat mutu persembahan PSK sepanjang pertandingan.

Bukan satu kemenangan sahaja

Selain dinobatkan sebagai juara keseluruhan, PSK turut membawa pulang Diploma Emas Tahap 7 dengan 26.78 mata dalam kategori koir kanak-kanak. Pencapaian itu diraih menerusi persembahan Jenny, Song of Hope dan Ardi Bertuah.

Kumpulan berkenaan turut menyerlah dalam kategori lagu rakyat apabila menjuarai kategori tersebut dengan Diploma Emas Tahap 9 selepas memperoleh 29 mata.

Untuk kategori itu, PSK mempersembahkan Sewang, Tari Tualang Tiga dan Jong Jong Inai.

Bagi ahli PSK, Puteri Nur Aliya Kamilah Kamarul Ariffin, 18, penyertaan di Jerman pula menjadi antara pencapaian paling bermakna sepanjang penglibatannya dalam bidang berkenaan.

Kejayaan itu sekali gus menjadi kenangan istimewa buat anggota PSK selepas mereka berdepan tempoh persiapan yang singkat sebelum berangkat menyertai pertandingan antarabangsa tersebut.

Kumpulan PSK tiba di KLIA Terminal 1 pada Rabu dan disambut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek sebagai penghargaan atas pencapaian mereka di pentas antarabangsa.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Buletin TV3 (@buletintv3)

Sumber: Buletin TV3

FT Image: Facebook Permata Seni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×