Didik

Nak Pergi Travel Tapi Takut Anak Meragam? Jangan Risau Ikut 10 Tips Mudah Ini

86
SHARES

Peningnya kepala bila memikirkan akan berjalan jauh dengan anak-anak yang masih kecil bukan? Banyak kerenah yang perlu dilayan dan kadang-kadang kita tak tahu apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan. Nampaknya, sekarang perjalanan jauh bersama anak-anak kecil tidak akan menjadi mimpi ngeri lagi buat anda. Ikut sahaja tips ini supaya anda tahu untuk kendalikan anak-anak dan mendapat perjalanan yang selesa!

1. Kemas kereta

www.rockabyebabyhire.com.au

www.rockabyebabyhire.com.au

Perkara pertama yang anda harus pastikan adalah kekemasan kereta. Kalau sebelum ini kereta asyik penuh dengan barang kerja, ambil masa untuk mengemasnya. Hal ini supaya anak mendapat ruang yang selesa dalam kereta. Apabila berjalan jauh dengan anak kecil, anda perlukan pentingkan kelengkapan mereka dahulu supaya perjalanan menjadi lancar.

2. Jangan tinggalkan anak sendirian dalam kereta

www.brisbanekids.com.au

www.brisbanekids.com.au

Penting! Ibu bapa jangan terlalu leka dan membiarkan anak bersendirian dalam kereta. Banyak kes yang kita boleh tengok di Malaysia dimana anak lemas berada dalam kereta. Walaupun hanya sebentar sahaja, anda dinasihatkan untuk bawa anak ke mana anda pergi.

3. Pastikan anak duduk di ‘car seat’

http://www.carolinaparent.com/

http://www.carolinaparent.com/

Persediaan tempat duduk anak di dalam kereta juga adalah apa yang perlu dipantau sebelum bermulanya perjalanan. Pastikan anak anda duduk di ‘carseat’ yang selamat. Pastikan tali pinggan dan fungsi kerusi berguna kerana kita tidak mahu kejadian seperti anak jatuh di dalam kereta berlaku. Ya, memang agak susah untuk anak-anak kecil ini untuk duduk diam apabila diletakkan di ‘carseat’ bukan? Jangan risau, anda boleh ikut tips ini supaya anak lebih suka duduk di ‘carseat’.

4. Sentiasa bawa peti kecemasan bersama

http://news.performancesubaru.com/

http://news.performancesubaru.com/

Peti kecemasan atau ‘first aid box’ adalah kelengkapan yang ramai ibu bapa terlepas pandang. Ramai yang anggap bahawa tidak perlu sebenarnya untuk membawa peti kecemasan kerana kawasan rehat mudah untuk dijumpai. Oleh itu, anda perlu ubah pandangan ini kerana malang tidak berbau. Jika berlaku sebarang kecemasan, sekurang-kurangnya ubat-ubatan dalam peti kecemasan boleh membantu sebelum rawatan yang lebih lanjut.

5. Jangan lupa barang permainan anak

http://www.roshfrans.com/

http://www.roshfrans.com/

Untuk pastikan anak sentiasa duduk diam, barang permainan mereka juga jangan dilupakan. Pastikan anak sentiasa ada aktiviti untuk dilakukan di dalam kereta supaya tidak menganggu anda yang sedang memandu. Namun, jangan hanya hadkan aktiviti anak dengan permainan sahaja, sebaliknya, adan boleh juga membawa buku cerita kanak-kanak dan juga pasang DVD cerita kegemaran anak-anak.

6. Pastikan barangan kelengkapan anak kecil ada bersama

http://bestnannynewsletter.blogspot.my/

http://bestnannynewsletter.blogspot.my/

Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan perjalanan juga adalah memastikan barangan kelengkapan anak tersedia. Amat penting untuk membawa barang kelengkapan anak kecil ini kerana mereka tidak digalakkan untuk menggunakan barangan untuk orang dewasa. Antara barangan yang perlu dibawa ialah tisu lembap, lampin pakai buang, bedak, dan botol susu. Jika barangan ini tiada, nampaknya anda perlu melayan kerenah anak sepanjang masa.

7. Jangan panik apabila anak menangis

http://www.huffingtonpost.com/

http://www.huffingtonpost.com/

Punca utama anak mudah menangis dengan tidak menentu di dalam kereta adalah kerana mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan. Jadi, anda yang sedang memandu diminta untuk fokus kepada pemanduan atau jika keadaan berlarutan, anda dinasihatkan untuk berhenti dahulu di kawasan yang sepatutnya untuk menenangkan anak. Jangan mula panik apabila anak mula menangis dan konsentrasi pemanduan terganggu. Sangat bahaya!

8. Pastikan perut diisi

www.youtube.com

www.youtube.com

Sebelum memulakan perjalan jauh, perut anda dan juga anak perlulah diisi terlebih dahulu betul tak? Jangan biarkan anak dalam keadaan lapar ketika memulakan perjalanan kerana mereka akan mula menangis dan tak diam duduk dalam kereta. Tips untuk perjalanan yang lancar, makan dahulu atau alas perut supaya anak-anak tak merengek dan anda pun selesa.

9. Selalu berhenti berehat

http://www.legitscoop.com/

http://www.legitscoop.com/

Jika perjalanan memakan masa sehingga 5 jam atau 10 jam, pastikan anda singgah sebentar untuk berehat di kawasan rehat lebuhraya. Inilah masanya untuk anda pastikan anak berada dalam keadaan yang selamat dan rapi. Anda juga boleh jadikan waktu berehat ini untuk bersantai bersama anak dengan menjamu selera di kawasan rehat. Perjalanan jauh selalunya akan membuatkan anak-anak bosan jadi, berhenti berehat di kawasan rehat adalah yang terbaik.

10. Kurangkan perjalanan waktu malam

www.flickr.com

www.flickr.com

Perjalanan malam tidak akan menjadi masalah apabila waktu perjalanan tidak memakan masa yang lama. Ini kerana, anda mungkin akan sampai ke destinasi sebelum waktu tidur anak-anak. Tetapi, jika masa perjalanan sangat jauh dan boleh menjangkau waktu tidur anak, dinasihatkan untuk anda menangguh dahulu perjalanan. Mulakan perjalanan pada keesokkan harinya. Dengan cara ini, anda juga boleh elakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×