Asuh

Berderau Tengok Najis Anak Berdarah, Rupa-Rupanya Punggung Anak Dah Melecet…

74
SHARES

Sebagai seorang ibu, sudah pastinya setiap kali selepas bayi membuang air besar si ibu akan memeriksa warna najis. Tujuan memeriksa najis bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan kepejalan najis itu normal ataupun tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula, dan sama ada dia sudah mula makan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah mengikut pembesarannya, bermula daripada dia baru dilahirkan hinggalah ke penghujung tahun pertama usianya.

Tapi, bagaimana pula kalau najis bayi bercampur dengan darah? Adakah ini tanda penyakit dalaman atau punggung anak melecet? Jom kita baca penjelasan dari pakar.

NAJIS BAYI BERCAMPUR DARAH, PUNGGUNG ANAK MELECET?

Berderau darah mak ni bila dia tengok najis bayinya bercampur darah. Kebetulan anaknya baru sampai ke wad sebab cirit birit.Tempat pertama saya akan periksa ialah pada punggung bayi. Bila diperiksa, punggung anak dah melecet teruk. Sampai berdarah.

Darah tu yang bercampur dengan najis bayi. Dari ruam bayi yang biasa dah melarat teruk sebab anak cirit birit. Maknya fikir ruam lampin ni tak ada apa. Boleh baik sendiri. Tapi tak semuanya macam tu. Ruam lampin sangat selalu terjadi. ⅓ bayi dan kanak-kanak yang pakai lampin pernah ada ruam lampin. Kalau anak dah terkena ruam lampin, boleh gunakan tips ni.

TIPS BILA ANAK TERKENA RUAM LAMPIN

1. Tanggalkan lampin daripada bayi sekerap mungkin, terutama jika ruam bertambah teruk. Seboleh-bolehnya nak punggung sentiasa kering.

2. Kerap tukar lampin bila lampin basah atau kotor.

3. Cuci terus punggung bayi setiap kali tukar lampin.

4. Cuci dengan air yang mengalir, dari arah hadapan ke belakang.

5. Sapu krim pelindung setiap kali tukar lampin. Contohnya Drapo lene atau krim zinc oxide. Mudah cari di farmasi.

6. Elakkan guna bedak talkum. Ia mungkin ada bahan yang boleh pedihkan kulit bayi. Kedua, bedak boleh galakkan pertumbuhan bakteria dan kulat bila bercampur dengan air kencing dan najis.

7. Lap punggung bayi perlahan-lahan setelah mandi. Pedih tu.

8. Boleh mandikan bayi tapi dicadangkan tak lebih 2 kali sehari. Kulit bayi boleh jadi lebih kering.

9. Elakkan guna tisu lembab bayi yang ada alkohol dan pewangi. Kulit anak kita ni nipis dan sensitif. Kena peka dengan barangan bayi yang kita beli.

Kalau masih melarat, bawa terus berjumpa doktor. Boleh jadi ruam bayi tu dah dijangkiti kuman. Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai yang tahu ilmu asas penjagaan bayi ni.

Sumber: Dr. Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×