Masalah anak sembelit yang menjurus kepada masalah najis berdarah ini adalah antara perkara yang paling digeruni oleh ibu bapa. Untuk pengetahuan anda, perut anak-anak yang masih kecil adalah masih sensitif dengan jenis makanan yang diberi dan perlu dijaga dengan rapi. Seperti apa yang dikongsikan oleh si ibu ini dimana anaknya mengalami masalah najis berdarah gara-gara pemberian makanan yang salah. Jadi, hari-hati kalau nak beri makanan dari luar tu ya!
DAH DUA HARI ANAK SEMBELIT
Berhati-hatilah wahai mama ibu mummy emak umi semua. Pertama sekalinya nak ucapkan terima kasih sangat kat kak Fatien Atiqa, guide saya masa Harraz tak sihat. Thanks kak, guide apa yang boleh bagi makan kt anak.
Kisah mula bila kami balik dari Morib. Actually anak saya sembelit dua hari sebelum ke Morib. Godek-godek dalam group ni saya decide nak bagi air barli kat anak saya, sebab dah try sunkist, buah naga, labu still tak okay. Alhamdulillah sehari sebelum ke Morib dia poo macam biasa. Masa keluar ke Morib saya just nak fokus susu je sebab fikir anak baru baik sembelit, tak nak bagi makan nasi lagi. Tapi kat sana saya ada belikan betik potong bg dia makan, dia makan sikit je, dlm seinci.
Pastu taknak dah. Saya pun keep on bf dia je la, nak buat biskut anak alah dengan gluten, ade eczema. Lagipun tak plan nak pergi Morib, tiba-tiba je. Tapi bila kita keluar dengan orang lebih tua ni, dorang punya concern dekat anak kita tu, sampai di belikan bubur nasi dengan ayam goreng dekat kedai. Banyak anak makan, seketul jugak ayam habis. “Haa..tengok tu anak lapar, ada bagi makan barli je dengan betik” Mama is sedih, tapi tangan husband dengan saya suap juga bubur nasi dan ayam goreng tu. Huhu.
MULA BERAK BERDARAH
Balik tu dia still okay. Besoknya dia start poo 3x sehari which is tak normal bagi anak saya. Dan ada darah sikit kat poo dia. Petangnya dah start demam panas. Pergi klinik dapat ubat demam dan smecta. Bagitau Dr, poo dia ade darah, but tak sure darah or betik. Dr cakap kalau darah maybe sebab sembelit haritu, ade luka so mama tak perlu risau. Time ni hari Ahad. Tanya kak Fatien Atiqa, dia cakap kalau darah dia cepat turn tu black. So we just keep monitoring our son. Kesian tgk dia poo lebih dari 6x sehari. Huhu
Kemuncaknya, malam Jumaat. Pampers poo dia ada darah je, poo sikit sangat. Terus packing baju gerak pegi Hospital Putrajaya. Dr check perut ok, oksigen level ok, ambik darah result cantik, xray usus ok. Dr ask for baby history dari lahir sampai la ke Morib tu. Then pakar kanak-kanak datang observe anak saya. Dia sangat aktif. Just masa demam first day tu je meragam mengempeng, sepanjang cibi n poo berdarah dia aktif macam biasa. So pakar cakap kalau admit pun dorang tak bg ubat, or drip air sebab baby minum ok, susu ok, aktif lagi. Dorang just monitor je. Dan pakar pun suggest monitor kat rumah, duduk hospital nnt dari tak sakit jadi sakit pulak berjangkit dari yg lain.
JANGAN BERI ANAK MAKAN MAKANAN SEBARANGAN
Sy tanya pakar kenapa poo dia berdarah, pakar cakap perut nak buang benda yg tak elok. Huhu, time ni dah rasa bersalah dengan anak dah. Kenapa lah suap anak makanan ade perasa ape semua tu. Pakar cakap kalau anak dah refuse taknak minum air, susu. Nampak lembik je, perut kembung, keras then demam balik. Terus datang balik pergi emergency. Mama balik rumah dengan tawakal banyak-banyak.
Now after a week lebih balik from Morib, Harraz dah makin ok. Last dia poo semalam pun sekali je. Takde cair macam cibi dah. Tapi sy keep alert je dengan perubahan dia. Rasa bersalah dekat anak tu, tak boleh nak describe. Tengok dia kadang2 dah meleleh air mata. Huhu.
So mama mama semua, sediakanlah real food kat anak. Prepare sendiri. Kita tau ape kita letak. Bawak je bekal, kalau orang beli bagi anak cakap je dah bawak bekal anak. Anak tak boleh makan tu, anak tak boleh makan ni, nnt alah. Cakap je ape2, asalkan kita suap anak kita makanan yg berkhasiat. Then Dr and pakar pun cakap, stick dengan satu pelawas je dlu. Jangan bagi bnyak sgt, nanti dia over poo pulak sebab dah lawas sgt.
Sumber : Siti Zubaidah