Asuh

Mudahnya Perkongsian Teknik & Rutin Supaya Anak Mudah Tidur Awal Dari Irine Nadia Marcello!

Jadual waktu tidur anak sangat penting untuk memastikan kecerdasan minda dan kecergasan tubuh anak-anak pada waktu siang. Tambah pula bagi anak-anak yang bersekolah pada waktu pagi, tidur malam yang cukup mengikut jadual waktu yang tetap perlu dilatih sejak mereka kecil. Seperti Irine Nadia Marcello yang merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak dan blogger terkenal ini, beliau juga mempunyai teknik dan jadual tidur yang tetap untuk anak-anaknya. Boleh juga kita jadikan panduan ya!

www.instagram.com/irine_nadia

JADUAL TIDUR ANAK-ANAK IRINE NADIA MARCELLO.

Harini terjaga awal sikit pukul 4 pagi sebab anak-anak terjaga nangis,Hasya dengan Umar (Sebenarnya memang setiap malam dua-dua ni terjaga) Ada hikmah dua-dua ni terjaga sebab lepas ibu tidurkan semula, ibu balik-balik tak boleh lelap.

Terus curik masa sambung setel buat kerja & reply all wassap customer yang tak terbalas since semalam dengan suasana tenang. Anyway, ada yang minta sharekan rutin dan jadual tidur anak-anak Irine. So just sharing suka-suka je la ye

Start from Medina

www.instagram.com/irine_nadia

Since dia start masuk sekolah tahun lepas masa umur 4 tahun, waktu tidur dia paling senang nak control. Sebab dah train awal-awal 2-3 hari sebelum 1st time masuk sekolah, kena tidur awal. So lepas balik sekolah, sambung main dan takkan tidur petang, malam terus pengsan tido dengan sendirinya lepas minum susu. Around pukul 9pm + dia dah terlelap. Kalau mengantuk sangat, lepas Maghrib dia tidur (tapi selalunya akan hold lepas isya’).

Next, Hasya

Hasya terkenal dengan sikap budak yang “suka-tidur-lambat” Hasya kerja dia main je lah all the time. Pagi main, masuk pukul 2 petang tu memang waktu tido dia paling sedapppp! Time ni dia tengah berlawan dengan mata. Dijamin menyusu 5 minit, terus tidur macam bagi ubat tidur nyenyaknya. Hasya ni kalau tidur petang walaupun sekejap setengah jam or sejam, confirm malam akan tidur pukul 12 pagi. Kalau tidur 2 jam? Of courselah pukul 1 pagi.

www.instagram.com/irine_nadia

So petang tu memang akan tahannn dia tidur walaupun dia mengempeng dan mengekori kita sebab nak menyusu tidur. Kalau kesian sangat, bagi tidur 15 minit then kejut. Haha. Waktu malam Hasya dan Umar memang berjaga. Dan hanya boleh redakan suasana dengan menyusu je. Both of them masih menyusu lagi and ibu memang ulang-alik, kalau Hasya menangis, ibu susu dia dulu. Botol? TOTALLY REJECT.

Lepas Hasya senyap sambung tidur lepas menyusu, Umar pulak nangis nak menyusu. Macam tu la ulang-ulang 3-4x dalam tempoh semalaman boleh bayangkan? Hehe. Proses wean off Hasya masih x berjaya lagi. Mungkin kena tunggu dengan sendirinya tolak tanpa dipaksa.

Akhir sekali, Umar

Tu sebab selalu cakap dengan husband, “Yanggg, besar tau tak pengorbanan sayang nih. Start daripada anak 1st lahir Medina (2013) sampailah sekarang anak tiga, pekerjaan menyusu tu tak pernah stop lagi” Umar pulak jenis tidur pukul 10 malam lebih kurang. Dan pukul 7 pagi dia terus jaga dah. Dia antara bangun awal daripada kakak-kakak dia.

Sumber : Irine Nadia Marcello

Yang Popular

To Top